• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ancaman IS Sama Bahaya Ancaman JI Dan Al-Qaeda

oleh Ahmad Albab
03/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ancaman yang dibawa kumpulan militan IS, Jemaah Islamiah (JI) dan Al-Qaeeda adalah sama bahaya dan memberi impak yang besar kepada keselamatan negara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata kegiatan kumpulan-kumpulan itu perlu dipandang serius kerana masing-masing mempunyai matlamat sama untuk menubuhkan negara Islam dengan fahaman radikal.

“Saya ingin menyatakan Jemaah Islamiah dan Al-Qaeeda mempunyai matlamat sama dengan kumpulan pengganas IS iaitu untuk menubuhkan sebuah negara Islam sepenuhnya mengikut acuan radikal mereka.

“Apa yang dibimbangkan apabila mereka menunjukkan tanda sokongan melalui bai’ah (ikrar taat setia) dan berjuang dengan cara sama seperti kumpulan pengganas IS iaitu melakukan kekejaman dan tindakan tidak berperikemanusiaan,” katanya menjawab soalan Senator Norliza Abdul Rahim di persidangan Dewan Negara, di sini, hari ini.

Norliza ingin tahu sejauh mana ancaman IS kepada negara dan di tahap mana ancaman itu berbanding ancaman Jemaah Islamiah dan Al-Qaeeda.

Wan Junaidi berkata Polis Diraja Malaysia tidak akan berhenti mengesan individu yang terbabit dengan sebarang kegiatan militan bagi memastikan keamanan negara terus terjamin.

Katanya sehingga 25 Nov lepas, sejumlah 45 individu ditahan di negara ini ekoran terbabit dengan kegiatan militan IS. – BERNAMA

Tags: Militan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

18/05/2024
0

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal dengan pemantauan sentiasa dilakukan ke atas bekas anggota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd