• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Lelaki Dan Wanita Dalam Keadaan Sempurna

oleh AK-47
02/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SURABAYA (Bernama) — Pemeriksaan awal forensik di Hospital Bhayangkara mendapati mayat seorang lelaki dan perempuan dari pesawat malang AirAsia Indonesia QZ8501 berada dalam keadaan sempurna, cukup sifat dan masih utuh.

Ketua DVI Jawa Timur Komisioner Besar Budiyono berkata bagaimanapun, kedua-dua mayat itu berbau busuk kerana telah meninggal dunia kira-kira tiga hari lepas.

Katanya, kedua-dua mayat itu kini berada di Hospital Bhayangkara, dekat sini kira-kira 40 kilometer dari Surabaya  untuk menjalani proses bedah siasat dan identifikasi.

“Maklumat lanjut mengenai identiti seperti umur dan sebagainya belum lagi boleh diperolehi kerana forensik baru menerima jenazah petang ini (Rabu).
    
“Kami memerlukan waktu untuk mendapatkan identiti jenazah. Team kami sedang bekerja keras,” katanya dalam sidang akhbar di perkarangan hospital tersebut pada lewat petang ini.

Jelasnya, terdapat juga pelbagai pakar lain dari bidang patologi, DNA, dan orthodonlogy (pergigian) terlibat dalam bedah siasat ini.

Difahamkan kira-kira 20 doktor dan pakar bedah siasat bersiap sedia untuk menjalankan proses bedah siasat yang dijangka dimulakan secepat mungkin dan siap dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Pihaknya juga berharap untuk mendapatkan identiti dua mayat ini dengan kadar segera seperti membandingkan sampel gigi dan tulang mayat dengan data waris dan keluarga di dalam simpanan mereka.

Namun semua keputusan dan segala-galanya bergantung kepada kecepatan proses bedah siasat, katanya.

Pada kebiasaannya, sebaik selesai proses bedah siasat dan identifikasi, mayat akan diserah kepada waris dan ahli keluarga sebelum disembahyangkan dan disemadikan mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa waris dan ahli keluarga telah mulai tiba bagi mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini.

Difahamkan Pusat Krisis yang sebelum ini diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, akan dipindahkan ke hospital ini.

Dilapor, enam mayat, tiga lelaki dan tiga perempuan termasuk seorang kru penerbangan kini masih lagi dalam proses untuk dibawa keluar oleh pasukan misi mencari dan menyelamat di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, kira-kira sejam penerbangan dari Surabaya.

Cuaca buruk dengan ombak setinggi tiga meter menjejas operasi mencari.

Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 162 penumpang dan anak kapal, berlepas dari Surabaya, Indonesia, pada 5.20 pagi Ahad dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 8.30 pagi hari sama.

Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).

Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 warga Indonesia, tiga Korea Selatan, masing-masing seorang warga Singapura, seorang warga Malaysia dan seorang warga United Kingdom.

Kru pesawat itu terdiri daripada enam warga Indonesia dan seorang warga Perancis.– BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd