• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Lantik Park Ji-Sung Sebagai Duta Global

oleh Ahmad Albab
11/12/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

AIRASIA Bhd melantik ikon bola sepak Korea Selatan yang juga bekas bintang Kelab Manchester United, Park Ji-sung, sebagai duta global terbaharunya.

Pengumuman pelantikan itu dibuat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan tambang rendah berkenaan, Tan Sri Tony Fernandes, di sini, hari ini.

Sebagai duta, Park bakal dipaparkan dalam pelbagai kempen akan datang AirAsia selain muncul pada kempen serta acara syarikat itu di serata tempat.

Kerjasama selama setahun itu turut diraikan dengan pelancaran sebuah pesawat Airbus A330 yang memaparkan wajah bintang bola sepak itu.

Pesawat yang memulakan operasinya semalam, akan terbang di serata rangkaian AirAsia X di Malaysia, Korea, Jepun, Australia, China, Taiwan, Sri Lanka serta Arab Saudi.

“Ia satu pengalaman berharga dapat bekerjasama dengan Fernandes. Falsafahnya serta jenama Airasia itu sendiri sememangnya sesuatu yang saya turut kagumi,” kata Park pada satu sidang media selepas pengumuman pelantikannya, di sini, hari ini.

Mengulas kerjasama yang turut menyaksikan pembabitannya dalam program memupuk bakat baru di rantau ini, Park berkata walaupun tiada sebarang rancangan khusus mengenainya sekarang, beliau sudah bersedia untuk melakukannya.

“Pada musim panas, ada satu pertandingan bola sepak kanak-kanak disertai anak-anak dari Jepun, Thailand dan Malaysia. Saya yakin acara sama boleh diadakan pada masa depan,” katanya.

Park adalah pemain bola sepak pertama Asia memenangi trofi Liga Juara UEFA. Beliau turut muncul pemain pertama bermain dalam pertandingan akhir liga juara berkenaan.

Bakatnya turut diiktiraf bekas Pengurus Kelab Liga Perdana Inggeris Manchester United, Sir Alex Ferguson. Park mewakili kelab itu pada 2005 hingga 2012, sebelum menyertai pasukan Queens Park Rangers yang dimiliki Fernandes.

Malah, ketika mewakili Manchester United turut menyaksikan Park menjulang trofi Piala Dunia Fifa.

Sementara itu, AirAsia hari ini turut melancarkan promosi terhad tempat duduk percuma bagi semua penerbangan terus dari Korea, tidak termasuk cukai lapangan terbang, caj bahan api serta bayaran lain yang berkaitan.

Tempahan bagi promosi itu bermula jam 4 petang ini. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd