• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serang Penyokong Vietnam Di Stadium Shah Alam, 5 Didakwa

oleh Ahmad Albab
18/12/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Lima lelaki termasuk dua beradik hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan merusuh semasa perlawanan bola sepak separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam pada 7 Dis lepas.

Kelima-lima tertuduh iaitu Amirul Akmal Nooradzhar, 22; Zulhelmy Akmal Zainol Abidin, 28; Muhammad Naquiyuddin Sallehuddin, 19, serta dua adik beradik Mohd Aminuddin Hamdan, 34, dan Noor Hadi Hamdan, 29, didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama-sama beberapa orang lagi yang masih bebas didakwa merusuh dengan menyerang penyokong pasukan bola sepak Vietnam menggunakan kekerasan di kawasan Quadrant A, Stadium Shah Alam pada pukul 9.50 malam.

Majistret Ellyana Razali membenarkan mereka masing-masing diikat jamin RM2,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Jan depan untuk sebutan semula kes.

Ellyana turut memerintahkan kelima-lima tertuduh menyerahkan pasport mereka kepada mahkamah sehingga kes selesai dan melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip yang mengendalikan pendakwaan memohon supaya mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 ke atas setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Namun peguam M. Hafiz Zainol Abidin yang mewakili Mohd Aminuddin, Noor Hadi dan Zulhelmy Akmal dalam hujahan balas memohon mahkamah untuk mengurangkan jaminan tiga anak guamnya atas alasan gaji bulanan yang diperoleh mereka rendah dan tidak mampu menampung pembayaran jaminan tersebut.

Menurutnya, Mohd Aminuddin hanya bekerja sebagai penjual sate dan berpendapatan tidak menentu serta terpaksa menanggung isteri dan dua anaknya manakala Zulhelmi yang bekerja sebagai penghantar surat juga berpendapatan rendah dan menanggung isteri serta seorang anak.

Tambahnya, Noor Hadi pula hanya bekerja membantu bapanya yang mengusahakan kebun dan pendapatan bulanan bergantung kepada elaun yang diberikan Felda.

Peguam Muhammad Hidhir Mustapa yang mewakili Muhammad Naquiyuddin pula berkata anak guamnya masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Nilai, Negeri Sembilan manakala seorang lagi anak guamnya Amirul Akmal hanya meraih pendapatan bulanan RM1,000 sebagai pekerja bahagian kargo di Lapangan Terbang Senai, Johor.

Dalam insiden pada 7 Dis lepas, sekumpulan penyokong Harimau Malaya, yang kecewa setelah Malaysia kalah 1-2 kepada Vietnam, dikatakan melakukan provokasi dengan membaling objek ke arah penyokong Vietnam.

Ketika kekecohan itu, seorang penyokong Vietnam mengalami kecederaan dan susulan itu, sembilan lelaki ditahan reman pada Jumaat lepas bagi membantu siasatan.

Empat lagi suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis. – BERNAMA

Tags: Stadium
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Subjek Keusahawanan Perlu Diajar Dari Tingkatan 1

Next Post

Bekas Peserta Mentor Menang Miss Talent, Miss World 2014

Related Posts

Remaja Meninggal Dunia Di Stadium, Tidak Sempat Tonton KDA FC Lawan JDT

Remaja Meninggal Dunia Di Stadium, Tidak Sempat Tonton KDA FC Lawan JDT

20/07/2024
0

ALOR SETAR: Remaja lelaki berusia 18 tahun rebah sebelum meninggal dunia sebelum menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah Darul...

Peminat JDT Bakal Menikmati Bebola Daging IKEA Di Stadium

Peminat JDT Bakal Menikmati Bebola Daging IKEA Di Stadium

05/10/2023
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan empayarnya dengan menjalinkan kerjasama dengan IKEA Tebrau dan pusat beli-belah...

Next Post

Bekas Peserta Mentor Menang Miss Talent, Miss World 2014

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd