Pelakon muda yang mula popular menerusi drama berjudul Romi Cinta Julia, Syarul Ridzwan terbabit dalam kecelakaan jalanraya ketika baru pulang dari menjalani penggambaran.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika dia sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Linggi, Port Dickson.
Menurut berita disiarkan Sinar Harian, kereta jenis Honta City yang dipandu Syarul hilang kawalan lalu merempuh besi penghadang jalan sebelum berpusing dua kali dan terbalik.
Namun, aktor yang juga model itu tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kenderaan terbabit remuk teruk.
Menerusi akaun Instagramnya, Syarul memuat naik mesej penjelasan tentang insiden tersebut kepada peminatnya.
“Saya okay. Tiada kecederaan langsung, saya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Linggi baru habis shooting Street Vendetta.”
Ujarnya lagi, kejadian tersebut berlaku akibat keadaan jalan raya yang licin selepas hujan.
“Saya hilang kawalan, terlanggar divider, kereta berpusing dua kali, saya tak pengsan tak luka, Alhamdulillah. Tak ada apa-apa,†tulisnya.
Sebelum dikenali menerusi kaca televisyen, Syarul melibatkan diri dalam bidang peragaan dan merupakan pemenang tempat ketiga pertandingan Hero Remaja 2012.
– MYNEWSHUB.CC


