• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Cedera Serangan Tembakan Di Sekolah AS

oleh Ahmad Albab
13/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Tiga remaja sekolah tinggi di barat daya Oregon cedera akibat ditembak oleh lelaki bersenjata di luar kawasan sekolah, awal hari ini.

Polis berkata, suspek bersenjata berkenaan kemudian melarikan diri dari tempat kejadian selepas tembakan terkena dua remaja lelaki dan seorang perempuan.

Jabatan Polis Portland dalam laman Twitter berkata, mangsa masih bernafas ketika kejadian sebelum dikejarkan ke hospital dari Rosemary Anderson High School di Portland Utara.

Polis berkata, mangsa terus berlari ke dalam kawasan sekolah sebaik tembakan dilepaskan ke arah mereka dengan suspek dikatakan terus berlalu dari kawasan berkenaan.

“Kita agak bernasib baik kerana kejadian ini tidak meragut sebarang nyawa,” kata jurucakap polis Portland, Pete Simpson memberitahu akhbar The Oregonian.

Menurut laporan akhbar itu, sekolah berkenaan adalah pusat pengajian alternatif kepada pelajar yang tidak berjaya memasuki sekolah tinggi mengikut proses pengajian biasa.

Susulan kejadian itu, kawasan sekolah ditutup dan ia kejadian terbaharu selepas beberapa siri tembakan membabitkan sekolah di Amerika Syarikat sebelum ini. – AFP

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd