• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

28,000 Sukarelawan Bersihkan Alam Sekitar

oleh Ahmad Albab
06/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 28,000 belia bergotong-royong hari ini membersihkan alam sekitar di 15 lokasi di seluruh negara di bawah program Sukarelawan Malaysia sempena Hari Sukarelawan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata program sukarelawan oleh 1Malaysia For Youth (iM4U) itu tujuan memupuk perpaduan lebih erat serta menyemai semangat sukarelawan dalam kalangan masyarakat terutamanya belia.

“iM4U menggerakkan program ini buat pertama kali dan ia adalah aktiviti sihat yang berjalan serentak di seluruh negara, dan hari ini Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini dijangka berwajah baharu apabila sejumlah 7,000 sukarelawan menyertai aktiviti tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak projek sukarelawan di sini yang dikenali sebagai Projek Batu Road.

Sementara itu Ketua Pegawai Operasi iM4U, Azlan Rudy Abdul Malik berkata aktiviti sukarelawan itu merupakan yang terbesar pernah dianjurkan di Malaysia dan diharap dapat menyuntik rasa menghargai negara sambil memupuk semangat cintakan kebersihan serta memelihara keindahan alam sekitar.

“Program ini akan dijalankan secara berterusan setiap enam bulan untuk memastikan matlamat memelihara alam sekitar ini tercapai serta menjadi budaya belia hari ini,” katanya.

Azlan berkata venue lain program ini ialah Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang; Pantai Rhu 10 Setiu Terengganu; Padang Astaka Kota Belud Sabah; Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang; Tasik Melati, Lambir di Sarawak; dan Taman Ekstrem Shah Alam.

“Di Kuala Lumpur ia membabitkan program mengecat semula dan pengindahan bangunan lama, lintasan zebra, sekatan di tepi jalan dan bangku di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman selain pembersihan pantai dan penanaman pokok di lokasi bersesuaian serta menanggalkan poster-poster haram,” katanya.

Di PULAU PINANG, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata program tersebut yang diadakan di Teluk Bahang dapat membantu kerajaan dalam usaha membanteras denggi.

“Sebanyak 53 kes denggi dilaporkan di kawasan Teluk Bahang setakat ini dan usaha membersihkan kawasan kampung dapat membantu menurunkan kes denggi kerana Taman Negara merupakan destinasi pelancongan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program itu.

Program itu dihadiri lebih 3,000 sukarelawan termasuk penduduk tempatan dan belia daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Dr Hilmi turut menyarankan golongan belia agar terus melibatkan diri dalam program sukarelawan supaya mereka faham tentang erti untuk berkhidmat kepada masyarakat pada usia yang muda. – BERNAMA

Tags: Sukarelawan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelajar UniMAP Tinjau Teknologi Kereta Kabel Di Switzerland

Next Post

‘Orang Malaysia Bodoh’, Komen Tun M Isu CEO MAS Baru

Related Posts

Kerajaan Pertimbang Cuti Khas Kepada Penjawat Awam Jadi Sukarelawan

28/12/2021
0

TEMERLOH : Kerajaan mempertimbangkan cuti khas kepada penjawat awam yang terlibat sebagai sukarelawan pascabanjir, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri...

Warga Emas Diperlukan Jadi Sukarelawan Vaksin Covid-19

11/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru warga emas berusia 60 tahun ke atas tampil sebagai sukarelawan bagi Kajian...

Next Post

'Orang Malaysia Bodoh', Komen Tun M Isu CEO MAS Baru

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd