• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Ditahan Selepas Samun Wanita Di Air Itam

oleh Ahmad Albab
14/12/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Dua lelaki bukan sahaja berputih mata kerana gagal menyamun seorang wanita di kawasan perumahan di Air Itam, di sini malah ditangkap penduduk setempat sebelum diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam kejadian pada 10.45 malam tadi, wanita berkenaan yang bersendirian baru balik membeli-belah sebelum didatangi dua lelaki berusia lingkungan 20-an menaiki sebuah motosikal.

“Wanita itu baru keluar dari keretanya sebelum seorang daripada lelaki berkenaan cuba menarik beg tangan mangsa sehingga menyebabkan wanita berusia 46 tahun itu terjatuh.

“Dalam masa yang sama mangsa menjerit meminta tolong dan beberapa jiran yang menyedari kejadian itu bertindak mengejar dua lelaki terbabit serta berjaya menahan mereka sebelum menyerahkan kepada polis yang menjalankan Operasi Pencegahan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Operasi yang bermula pada 10 malam tadi hingga 4 pagi itu disertai 354 pegawai dan anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam dan anggota Ikatan Relawan Rakyat.

Mior Faridalatrash berkata mangsa mengalami kecederaan ringan iaitu luka di tangan dan lutut selepas terjatuh akibat ditarik suspek.

“Mangsa dihantar ke klinik berhampiran untuk menerima rawatan manakala dua suspek yang terlibat dalam kejadian itu kini direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata dalam operasi itu, polis turut menahan dua lelaki berusia 30-an yang dikehendaki polis berkaitan kes ugutan jenayah dan seorang lelaki kerana memiliki dadah serta positif bahan terlarang berkenaan.

Katanya sepanjang operasi itu, pihaknya turut memeriksa 709 orang dan merampas pelbagai barangan antaranya sebuah televisyen, mikrofon, komputer dan speaker dari sebuah kedai makan.

“Kami turut mengadakan sekatan jalan raya dan memeriksa 586 pelbagai kenderaan serta mengeluarkan 140 saman atas pelbagai kesalahan trafik,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=WSlzaXZDfUg

Tags: Jenayahkes samun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Foto Romantis Nora Sambut Birthday Teman Lelaki

Next Post

VIDEO : Berjalan Di Atas Air Tasik Beku Yang Jernih Di Slovakia

Related Posts

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

Penyamun Bersenjata Kerambit Diberkas

Penyamun Bersenjata Kerambit Diberkas

12/05/2024
2

Kota Kinabalu : Penjenayah yang melarikan diri selepas menyamun sebuah kedai runcit di Kampung Mempikit Laut, di sini, menggunakan kerambit,...

Next Post

VIDEO : Berjalan Di Atas Air Tasik Beku Yang Jernih Di Slovakia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd