• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Beradik Maut, 7 Cedera Kemalangan Di Kuantan

oleh Ahmad Albab
29/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dua beradik maut manakala lima lagi anggota keluarga mangsa cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bertembung dengan sebuah Proton Preve di persimpangan Bunga Cengkih Jalan Kuantan-Bypass dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam kejadian pada 1.20 pagi itu, mangsa yang maut ialah Mat Sharif Sulaiman, 37, seorang pemandu lori berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan adiknya, Nur Mulaikhartini Sulaiman, 26, berasal dari Machang, Kelantan.

“Mat Sharif mati di tempat kejadian manakala Nur Mulaikhartini meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Anggota keluarga mereka yang cedera ialah, pemandu MPV Ahmad Faisal Abu Bakar, 25, suami Nur Mulaikhartini, anak mereka Ahmad Farish Muzzafar berusia tiga tahun, penumpang hadapan Mohd Samsuri Sulaiman, 34, Siti Ramlah Sulaiman, 38, dan Adam Hariz Mohd Norizan, berusia setahun.

Menurut Abdul Aziz, pemandu Proton Preve, Dzulkifli Yaacob, 52, dan anak perempuannya, Nur Syahirah Dzulkifli, 21, dari Kampung Baru, Bentong turut cedera akibat nahas berkenaan.

“Nahas jam 1.20 pagi itu berlaku semasa MPV yang dinaiki tujuh sekeluarga terbabit dalam perjalanan dari Pelabuhan Kuantan menghala ke Gambang.

“Tiba di lokasi kejadian, MPV tersebut telah melanggar lopak air menyebabkannya hilang kawalan lalu berpusing dan naik ke pembahagi tengah jalan, lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Preve dari arah bertentangan.

Mayat dihantar ke HTAA untuk bedah siasat dan kesemua mangsa yang cedera menerima rawatan di hospital sama, katanya.

Abdul Aziz berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian jalan basah dan licin disebabkan hujan lebat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=48OGcC1pVNA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penguin Walk…Untuk Kuruskan Penguin Di Jepun

Next Post

Pesawat QZ8501 Mungkin Berada Di Dasar Lautan – Indonesia

Related Posts

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

26/06/2025
0

IPOH - Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam nahas dengan sebuah lori...

Budak 7 Tahun Mangsa Ketiga Maut Dalam Kemalangan Di LTU

Budak 7 Tahun Mangsa Ketiga Maut Dalam Kemalangan Di LTU

16/06/2025
0

LIPIS: Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa ketiga maut akibat kemalangan kereta dan lori di Kilometer 37, Jalan Lingkaran Tengah Utama...

Next Post

Pesawat QZ8501 Mungkin Berada Di Dasar Lautan - Indonesia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd