• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

130 Kanak-Kanak Sertai Majlis Khatan Perdana

oleh Ahmad Albab
07/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Sebanyak 130 kanak-kanak dalam kawasan Parlimen Kulim Bandar Baharu menyertai Majlis Khatan Perdana yang diadakan di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen itu semalam dan hari ini.

Majlis anjuran Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir itu merupakan kali ketujuh diadakan dengan acara di DUN Kulim diadakan di kawasan Masjid At-Taufiq, Ayer Merah di sini yang disertai 67 orang kanak-kanak berusia antara tujuh dan 10 tahun.

Bagi DUN Bandar Baharu pula, ia diadakan di Taman Kelisa Emas, Lubuk Buntar, Bandar Baharu, dekat sini disertai 63 kanak-kanak.

Kedua-dua majlis dirasmikan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu Datuk Osman Md Aji dan penganjuran majlis turut dibantu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian itu.

Pada majlis hari ini, para peserta dibawa mengelilingi kawasan masjid dengan iringan paluan kompang dan bunga manggar sebelum disiram air dengan bantuan
Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Ia diikuti majlis berkhatan yang dikendalikan kakitangan Hospital Kulim.

Osman ketika ditemui berkata tiada sebarang bayaran dikenakan sebagaimana majlis Khatan Perdana yang diadakan sebelum ini.

Katanya pihak penganjur akan mengadakan majlis serupa setiap tahun dengan lokasinya diubah mengikut kemudahan yang terdapat di sesuatu lokasi.

Ini bagi memudahkan para ibu bapa menghantar dan membawa pulang anak-anak mereka, katanya. – BERNAMA

VIDEO SAMPINGAN: Sunat perempuan – Isu Disebaliknya…

Tags: khatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Batal Saman Kes Khatan Terpotong ‘Kepala’

20/02/2019
0

KERAJAAN Malaysia dan empat pihak lagi berjaya mengetepikan saman dikemukakan remaja berumur 19 tahun berhubung dakwaan berlaku kecuaian semasa proses...

Khatan: 5 Defendan Mohon Batal Saman Remaja

07/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dan empat yang lain memohon untuk membatalkan saman dikemukakan remaja berumur 18 tahun berhubung dakwaan berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd