• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Ditahan Disyaki Terlibat Sindiket Gores & Menang

oleh Ahmad Albab
21/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Polis menahan 11 individu termasuk tiga wanita kerana disyaki terlibat dalam sindiket gores dan menang sekitar Kota Baharu, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Rohaimi Md Isa berkata sebelum itu bertindak atas maklumat orang awam, polis menahan seorang lelaki pada 3 petang semalam berhampiran sebuah pasar raya di sini.

“Hasil siasatan ke atas lelaki terbabit, kita menahan 10 individu terbabit termasuk tiga wanita di sebuah apartmen di Pelangi Mall di sini pada 8.30 malam,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Rohaimi berkata polis turut merampas baucer dan peralatan promosi yang digunakan untuk menipu orang ramai.

Katanya modus operandi yang digunakan sindiket itu ialah mendekati serta memperdaya orang ramai dengan menawarkan hadiah lumayan melalui skim gores dan menang, Jumaat lepas.

“Kesemua suspek berumur antara 20 dan 30-an adalah dari luar (Kelantan) dan mereka dipercayai dihantar secara bergilir-gilir ke sesebuah negeri,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek direman empat hari mulai hari ini.

Rohaimi menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sindiket seumpama itu dan membuat laporan jika ia berlaku di kawasan mereka. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=DgOivsFi1qY

Tags: JUDI
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kesiannya, Pergi Stadium Hanya Dapat Tengok Punggung Je!

Next Post

Skuad Harimau Malaya Tunai Solat Bersama PM

Related Posts

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

29/03/2025
0

GEORGETOWN: Sekumpulan 14 lelaki yang sedang asyik berjudi ditahan dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Pinang, di...

7 Individu Termasuk Seorang Wanita Didakwa Terbabit Judi

7 Individu Termasuk Seorang Wanita Didakwa Terbabit Judi

06/04/2023
0

Butterworth : Tujuh individu termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret, di sini atas kesalahan terbabit dalam kegiatan judi tahun...

Next Post

Skuad Harimau Malaya Tunai Solat Bersama PM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd