SEKARANG ni ramai artis bersikap lebih terbuka dalam memperkenalkan wajah dan nama cahayamata yang baru dilahirkan buat tatapan peminat mereka.
Pastinya mereka mengikut jejak langkah Rozita Che Wan atau Che Ta yang terus memperkenalkan puteri sulungnya, Aaisyah Dhia Rana sebaik sahaja dilahirkan pada 1 November lalu.
Che Ta boleh dikatakan sebagai trendstter jugalah sebab kebanyakan artis yang melahirkan anak selepasnya, dilihat terus memperkenalkan bayi mereka tanpa perlu sebarang sesi sidang media, termasuklah aktres Fasha Sandha dan Zahid AF.
Malah Zahid, turut menggunakan media sosial seperti Instagram untuk memperkenalkan putera sulungnya yang diberi nama Zareef Nufael dan daripada kapsyen gambar, Zahid menggambarkan dirinya tidak berminat untuk membuat akaun Instagram anaknya seperti mana dilakukan pasangan selebriti lain sebelum ini.
Apa pun semoga anak Zahid membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh untuk kedua ibu bapanya kelak. – MYNEWSHUB.CC


