• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yayasan Pendidikan Indus Terima Geran RM5 Juta

oleh Ahmad Albab
30/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyediakan geran permulaan RM5 juta kepada Yayasan Pendidikan Indus (IEF), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melancarkan yayasan itu hari ini.

Sambil menyifatkan ia sebagai alat penting dan tepat pada masanya, beliau berkata IEF akan menyokong pelajar kaum India yang layak untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.

Ini katanya, adalah satu lagi contoh janji kepada rakyat yang ditunaikan. “Kami berjanji untuk menubuhkan tabung biasiswa untuk membantu pelajar India melanjutkan pengajian peringkat tinggi dan hari ini kita telah dapat menunaikanjanji itu melalui perkongsian awam swasta,” katanya ketika melancarkan yayasan itu di Sentul di sini.

Turut hadir Pengerusi IEF, Tan Sri G Gnanalingam.

Najib berharap IEF akan memainkan peranannya dengan baik untuk membantu pelajar India rakyat Malaysia yang berbakat dan layak daripada kalangan keluarga berpendapatan sederhana dan rendah.

Perdana Menteri berkata, golongan muda hari ini perlu mengambil masa untuk memahami dan berfikir secara mendalam dalam membuat keputusan mengenai semua pilihan pendidikan yang ada pada mereka, selepas tamat sekolah.

Beliau berkata, jawatankuasa khas kabinet mengenai hal ehwal kaum India yang dipengerusikan beliau menyelaras usaha untuk memenuhi janji yang dibuat dengan memberi tumpuan dalam bidang sosial, pendidikan, pekerjaan, peluang ekonomi dan cabaran yang dihadapi masyarakat India. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakPendidikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

18/04/2025
0

BAYAN LEPAS - Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkasa transformasi digital dalam sektor pendidikan negara terus diperkukuh apabila sasaran untuk...

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

14/04/2025
0

TAPAH: Pendidikan menjadi antara visi utama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd