Xiaomi, jenama yang agak popular dengan peranti mudah-alih meliputi pelbagai kategori daripada telefon bimbit, hinggalah produk memfokuskan rumah pintar.
Terkini, Xiaomi akan keluarkan kamera aksi seumpama GoPro tidak lama lagi.
Kamara aksi ini dijangka menyertakan lensa dengan rakaman luas meliputi 138-darjah sudut rakaman.

Kamera aksi Xiaomi juga membawakan sokongan rakaman 4K pada kadar 30fps, atau 1080p pada kadar 120fps di mana rakaman akan disimpan terus pada kad-SD yang digunakan.
Salah satu perkara yang menjadi tarikan peranti Xiaomi adalah harganya, dan jualan terus melalui web.
Buat masa ini, harga rasmi tidak diketahui dan berkemungkinan ia akan ditawarkan untuk pasaran China sahaja terlebih dahulu.
Sumber: gizchina
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC