MENURUT satu kajian, pelukan merupakan salah satu cara berkesan menghilangkan stres selain membuat seseorang individu lebih panjang umur.
Namun, tak semua insan bernasib baik bertemu pasangan untuk memeluk mereka. Hal ini mendorong seorang wanita di Oregon, Amerika Syarikat, Samantha Hess membuka sebuah kedai yang menawarkan perkhidmatan memeluk pelanggan dengan mengenakan kadar bayaran tertentu.
WANITA INI JUGA BUAT BISNES SERUPA! BACA..  Cuma Teman Berpeluk.. Bayarannya RM185
Menurut Samantha, sejak memulakan perniagaannya minggu lalu, dia telah menerima lebih 10,000 permintaan daripada pelanggan.
“Perniagaan ini menerima sambutan menggalakkan di mana minggu ini sahaja saya sudah menerima 10,000 email bertanyakan perkhidmatan yang ditawarkan,” katanya.
Menurut Samantha, pelanggan hanya perlu membayar USD$60 (RM201) bagi sesi pelukan selama satu jam, yang mana ianya merangkumi sesi berpegangan tangan dan belaian manja rambut pelanggan, tak lebih daripada itu.
Premis bisnesnya juga mengamalkan polisi tidak mendedahkan nama pelanggan selain semua sesi akan direkodkan untuk mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Pelanggan turut digalakkan memakai baju tidur atau pijama sepanjang sesi berlangsung.
– MYNEWSHUB.CC