• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wakil Parlimen Alor Gajah Johan Pidato Piala Presiden Umno

oleh Ahmad Albab
26/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Umno perlu melahirkan pemidato yang tidak lagi bersifat retorik kerana masyarakat sudah pintar dalam menilai kandungan setiap pidato, kata Mustafa Musa, johan sulung pertandingan Pidato Piala Presiden Umno bersempena Perhimpunan Agung Umno 2014.

Mustafa, 50, wakil Parlimen Alor Gajah, Melaka, berkata pemidato Umno juga perlu jujur dalam menegur pemimpin mereka sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan.

“Jika mereka mahu lihat Umno terus maju dan relevan pada kaca mata rakyat, maka pemidato Umno perlu ikhlas dan jujur dalam menegur semua termasuk Presiden parti kalau kita sayangkan parti, tetapi mestilah berhemah kerana Umno melatih budi dan santun,” katanya kepada pemberita di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau yang menyampaikan pidato bertajuk ‘Umno Sentiasa Berjasa Kepada Semua’ itu menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan piala pusingan yang disampaikan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Umno mesti sentiasa mengadakan program seperti ini, bukan setahun sekali, tetapi Umno mesti bersedia untuk melatih pemidato bagi menggempur apa yang disampaikan pembangkang,” kata Mustafa, peserta paling veteran daripada 12 finalis pertandingan itu.

Naib johan pertandingan itu, Khairulnizam Ryan Lasio, 36, dari Parlimen Keningau, Sabah, yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM7,500 dan piala iringan, turut bersetuju supaya Umno mengadakan program berterusan bagi mencungkil bakat baharu sebagai pemidato khususnya daripada kalangan generasi muda.

“Sebagai generasi yang muda sudah tentu kita ada idea-idea baharu untuk diketengahkan. Anak muda boleh melakukan perubahan dan transformasi demi negara,” katanya yang menyampaikan pidato bertajuk ‘Pakatan Rakyat Pakatan Rapuh’.

Mohd Ikhwan Mohd Rosseli, 25, dari Parlimen Kelana Jaya, Selangor, yang menyampaikan pidato ‘Menghormati Sensitiviti Antara Agama di Malaysia’ memenangi tempat ketiga dan meraih hadiah wang tunai RM5,000.- BERNAMA

Tags: pidato
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar China Dinobat Juara Pidato PABM 2018

09/12/2018
0

KUALA NERUS - Pelajar wanita dari China, Xu Yang dinobatkan sebagai juara Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana...

Pelajar Malaysia Naib Juara Pidato Mandarin Di Beijing

24/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Pelajar Malaysia, Nur Afifah Elias mengharumkan nama negara apabila muncul naib juara Pertandingan Pidato Bahasa Mandarin Pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd