Zaman alaf baru gajet dan kemodenan ini pasti setiap aksi ganjil serta unik menjadi perhatian untuk dirakamkan sebelum dimuatnaik ke laman perkongsian video.
Laman web akhbar Huffington Post semalam, menyiarkan rakaman tidak sengaja seorang lelaki yang menari ketika melakukan kerja mengemas rumahnya.
Lelaki itu dirakamkan sedang menari oleh rakannya ketika membersihkan rumah selepas parti Halloween.
Dia menari dengan rentak lagu dendangan Sheena Easton bertajuk “9 to 5”, menurut butiran video berkenaan.
Jika anda hendak menari atau melakukan apa sahaja aktiviti, pastikan anda betul-betul berseorangan pada ketika itu kerana dalam zaman moden dan canggih, lensa kamera ada di mana-mana. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU KÂÂ