Bentuk badan yang kurus dan mengiurkan sememangnya menjadi idaman pada setiap wanita.
Lagi-lagi bila saiz dan berat badan kita bakal menjadi perbualan dan ejekan saudara dan rakan taulan yang sibuk menjadi ‘hakim tidak bertauliah’ dalam hidup kita.
Pastinya diri akan dibelenggu dengan perasan rendah diri dan kecil hati hingga adakala membahayakan diri sendiri.
Tidak hairanlah, lambakan produk pelangsing yang laris dijual bagai ‘goreng pisang’! Dan lebih parah, ada yang sanggup membunuh diri.
Dalam banyak-banyak versi kisah menurunkan berat badan, kisah ini paling menyentuh hati!
Jom kita tonton….
https://www.youtube.com/watch?v=W1G2y4DyqGs
Kisah wanita ini untuk kurus bukanlah disebabkan inginkan bentuk badan yang cantik, bukan juga untuk memuaskan hati orang tercinta dan bukan gara-gara penyakit yang dihadapi tetapi demi pergorbanan kasih seorang ibu kepada anaknya yang sedang sakit tenat.
Sebenarnya cerita ini diinspirasikan daripada kisah pengorbanan seorang ibu bernama Wang Shuan Li yang terpaksa menurunkan berat badan kerana buah pinggangnya tidak sesuai bagi untuk didermakan kepada anaknya yang sedang menderita sakit buah pinggang.
Dengan waktu yang suntuk, ibu ini diminta menurunkan berat badannya sekurang-kurangnya 20 kg dalam masa tiga bulan dan barulah pembedahan dapat dijalankan.
Lebih mengharukan, ibu ini berjaya menurunkan berat badannya meskipun waktu yang diberi amat terhad.
Kasih ibu sememangnya tiada tolak bandingan, selagi ada hargailah sebaik mungkin. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : FARAH RADZI