KESUNTUKAN masa untuk membasuh pinggan-pinggan kotor yang bertimbun di sinki memberi ilham buat dua pereka dari Belgium, Helena Hoyois dan Thibaut Gilquin mereka pinggan yang boleh dimakan terus tanpa perlu bersusah payah membasuhnya.
Mereka mendapat ilham tersebut selepas menghoskan sebuah parti dan sebaik melihat timbunan pinggan di sinki ia memberi idea apabila Thibaut tiba-tiba menyarankan kepada Helena, “macam mana kalau kita boleh makan semua pinggan-pinggan ni?”.
Pada mulanya mereka hanya bergurau tapi lama-kelamaan pasangan itu mula mengambil serius idea tersebut dengan memulakan eskperimen menghasilkan pinggan daripada kepingan ubi kentang, air dan minyak.
Selepas kejayaan prototaip pertama, mereka menubuhkan sebuah syarikat ‘Do Eat’ yang mendapat sokongan kewangan daripada syarikat besar, Wallonia Creative yang suka dengan idea inovatif mereka ini.
Bagus pinggan macam ini, dah tak payah susah-susah basuh pinggan, selain dapat menyumbang kepada gaya hidup hijau apabila tidak lagi menggunakan pinggan kertas seperti biasa kita gunakan sekiranya ada majlis keraian di rumah kan? – MYNEWSHUB.CC

