• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO: Setiap Negeri Perlu Adakan Konvensyen

oleh Ahmad Albab
02/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyarankan agar Badan Perhubungan Umno di setiap negeri mengadakan konvensyen bagi membincangkan usul-usul yang akan dibawa ke Perhimpunan Agung Umno pada 25 hingga 29 November ini.

Tengku Adnan berkata, ia dapat membuka ruang yang lebih luas kepada anggota-anggota parti di setiap negeri menyuarakan pandangan mereka dan sekali gus menjadi platform untuk bertukar-tukar pendapat.

“Kalau boleh negeri-negeri lain yang belum rancang, masih ada waktu untuk mereka (berbuat demikian),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Sarapan Pagi 1Malaysia yang bertema ‘Bersama Meraikan Kepelbagaian’ anjuran Wanita Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan di perkarangan Perpustakaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Wanita BN Wilayah Persekutuan, Senator Mariany Mohd Yit dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Beliau turut memuji langkah yang diambil Umno Selangor dan Terengganu yang telah mengadakan konvensyen semalam bagi membincangkan pelbagai isu dan usul yang akan dibahaskan pada perhimpunan agung Umno nanti.

Ditanya sama ada usul membantah kumpulan militan IS akan dibahaskan pada perhimpunan agung itu nanti, Tengku Adnan berkata, ia bergantung kepada pembawa usul.

“Itu dipengerusikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Pengerusi Jawatankuasa Usul Perhimpunan). Beliau akan berbincang dengan mereka,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya Tengku Adnan mengingatkan agar setiap pemimpin BN di peringkat bahagian menguar-uarkan setiap program yang dijalankan mereka.

“Kita kena dekati rakyat, bukan buat program ‘syok sendiri’ yang tidak dihadiri oleh rakyat. Kita kena dekatkan rakyat (dengan kita).

“Kita kena ingatkan rakyat untuk terus bersatu, sekali gus ia akan membawa Malaysia terus maju dan bergerak ke hadapan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tengku AdnanUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd