• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demi Dokumentari, Lelaki Relakan Diri Ditelan Anaconda

oleh
06/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAIMANA rasanya apabila diri ditelan dan kemudian berada di dalam perut ular? Itulah cuba dirasai seorang pakar hidupan liar terkenal, Paul Rosolie yang sanggup menjadikan dirinya sebagai bahan uji kaji untuk mengetahui suasana di dalam perut reptilia itu.

Pakar hutan Amazon yang baharu berusia 22 tahun ini dilaporkan bakal berkongsi keadaan sebenar perut ular terbesar dunia daripada spesies anaconda menerusi dokumentari khas yang akan disiarkan menerusi stesen Discovery Channel pada 7 Disember.

Rosolie yang juga penerbit filem dokumentari alam sekitar terkenal dikatakan menempah sejenis suit khas kalis ular seumpama pakaian angkasawan yang akan disarung sebelum tubuhnya ditelan anaconda bagi merakamkan gambaran di dalam perut haiwan itu.

Meskipun berpengalaman menjalankan pelbagai ekspedisi saintifik di hutan India, Indonesia, Brazil dan Peru; Rosolie menerima kritikan pelbagai badan hak asasi haiwan yang bimbang dengan nasib ular terbabit jika ia cedera sewaktu penggambaran tersebut.

Namun Rosolie dalam reaksi balasnya mendakwa, dia tidak berniat untuk melukakan reptilia itu malah mengajak mereka menanti tayangan dokumentari bertajuk Eaten Alive bulan depan bagi menilai sendiri bagaimana rasanya ditelan seekor ular gergasi. – Agensi

Tags: reptilia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Derita Si Comel, Anak Ular Tersekat Dalam Hidung

14/03/2017
0

SEEKOR kucing betina peliharaan sebuah keluarga dari Mendocino County, California berdepan detik cemas apabila seekor anak ular tersekat dalam lubang...

Buruh Maut Dibelit Ular Sawa, Nyaris Ditelan

20/02/2017
0

KEMAMAN - Seorang buruh ladang ternakan ayam warga Indonesia maut setelah dililit ular sawa ketika cuba menangkap haiwan ganas itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd