• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terma Akta Hasutan Perlu Dikekalkan, Kata Khairy

oleh Ahmad Albab
26/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jika Akta Hasutan 1948 dipinda atau ditambah baik, kerajaan perlu mengekalkan terma yang melarang dan menghukum sebarang kenyataan atau kelakuan menghasut.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, terma tersebut merupakan kuasa dan perisai tempat berlindung bukan hanya untuk orang Melayu, tetapi untuk semua rakyat Malaysia.

“Jika ada yang melangkaui batas menghina bangsa atau Raja-raja Melayu, Pemuda mendesak agar mereka cepat-cepat didakwa. Sementelah itu, jika ada yang menghina atau mencerca kaum lain, kita juga harus jadi barisan pertama yang mengasak agar mereka itu dikenakan tindakan.

“Walau apapun akhirnya Akta Hasutan ini, walau apapun nama baharu yang diberi, kita mahu kuasa yang ada dalam akta ini dikekalkan dan jadi perisai untuk semua. Kerana percayalah, tanpa perisai ini negara kita pasti hancur,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno bertajuk ‘Melayu’ pada Perhimpunan Agung Pemuda Umno 2014, di sini hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun Akta Hasutan bukanlah semata-mata tempat bergantung, sebaliknya pendirian semua perlu mantap dan komited dalam mencorak fabrik perpaduan nasional.

Menyentuh mengenai bahasa kebangsaan, Khairy berkata masih ramai yang tidak mampu bertutur dalam bahasa itu terutama mereka yang memilih sekolah vernakular.

Katanya, sekolah vernakular boleh diteruskan, tetapi sesuatu perlu dilakukan untuk mengukuhkan perpaduan nasional pertiwi dengan penguasaan bahasa rasmi negara itu.

“Pastikan murid-murid sekolah vernakular fasih dalam bahasa kebangsaan. Jadilah sebahagian daripada proses integrasi, jangan jadi masyarakat yang tersisih,” katanya.

Katanya, walaupun mungkin ada sedikit suara yang mempersoal kewujudan sekolah vernakular, tetapi kepimpinan Umno sudah lama menerima aliran ini yang telah terpateri dalam undang-undang negara.

Beliau berkata, status sekolah vernakular tidak boleh diubah oleh sesiapa, malah dalam pembentangan belanjawan tahunan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, tegar memberi peruntukan khas untuk sekolah-sekolah vernakular. – BERNAMA

Tags: Akta HasutanKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd