• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Siapkan KLIA2 Ikut Masa, Tapi Dapat Tender RM49.47 Juta?

oleh AK-47
18/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat yang sebelum ini gagal melengkapkan projek KLIA2 dalam tempoh yang ditetapkan, Bina Puri Sdn Bhd dikhabarkan berjaya memenangi tender bernilai RM49.47 juta untuk membangunkan infrastruktur bersebelahan tanah Projek Penyambungan Jajaran LRT Laluan Ampang.

Projek bertempat di Bukit Jalil itu akan dibangunkan secara bersama dengan Brilliant Corridor dan Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA).

Ia dijangka siap dalam tempoh lapan bulan bermula bulan ini, memetik laporan The Malaysian Insider (TMI).

“Ia penting untuk projek infrastruktur di Awan Besar ini siap tepat pada masanya ketika Stesen 01 mula beroperasi bagi meningkatkan perkhidmatan LRT oleh Prasarana,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Bina Puri Tan Sri Tee Hock Seng dalam satu kenyataan hari ini.

Projek yang akan dijalankan Bina Puri itu antaranya melibatkan pembinaan dan menyiapkan akses jalan baru utama, penjajaran semula jalan raya sedia ada, laluan bawah tanah, peti keselamatan kenderaan, tembok penahan, permukaan tempat letak kereta dan laluan pejalan kaki berbumbung.

Ia juga melibatkan pemasangan lampu jalan, penambahbaikkan lampu isyarat, saliran dan jalan, landskap dan lain-lain.

Prasarana, yang juga pemilik aset dan pengendali Jajaran LRT Laluan Ampang, melantik Bina Puri-Tim Sekata JV sebagai kontraktor utama dan Fajarbaru Builder Sdn Bhd sebagai sub-kontraktor dalam projek penyambungan yang dicadangkan.

Bina Puri, pada Jun tahun lepas terlibat dalam projek kerjasama dengan UEMC (UEMC-Bina Puri) menerima perakuan tidak siap atas kegagalan mereka menyiapkan kerja bangunan utama terminal KLIA2.

Bina Puri yang juga kontraktor di bangunan KLIA2 juga dikenakan ganti rugi tertentu (LAD) sebanyak RM199,445.40 sehari akibat kegagalan tersebut.

Sehingga kini, UEMC-Bina Puri JV terpaksa membayar LAD berjumlah hampir RM100 juta sejak Jun tahun lepas. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KLIA2LRT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

10 Suspek Bookie Lumba Kuda Ditahan Di Kuantan

Next Post

Isu Survival Graduan Melayu Antara Fokus PEMANAS 2014

Related Posts

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

28/12/2024
0

JEMPOL - Polis mengesahkan akan ada tangkapan lagi membabitkan pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan...

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

04/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Orang ramai yang hendak menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil malam ini, digalakkan menggunakan...

Next Post

Isu Survival Graduan Melayu Antara Fokus PEMANAS 2014

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd