Di persidangan IFA 2014 yang lepas, Sony memperkenalkan beberapa peranti baru di mana mereka telah memulakan pelancaran beberapa produk tersebut secara berperingkat di Malaysia.
Selepas memperkenalkan telefon pintar dan tablet, kini Sony melancarkan SmartBand Talk SWR30 bagi pasaran tempatan.
Peranti boleh pakai yang  memantau kecergasan ini membawakan skrin berasaskan E-Ink, membolehkan anda melihat notifikasi dan masa selain menyertakan mikrofon dan speaker terbina bagi memudahkan pengguna menjawab panggilan.
SmartBand Talk turut dilengkapi sokongan kalis air bertaraf IP68 dan menggunakan ruangan mikro-USB untuk pengecasan.
Untuk menggunakannya, pengguna memerlukan peranti yang menggunakan sistem Android 4.4 KitKat keatas dan aplikasi Lifelog yang dipasang pada peranti mereka.
Di Malaysia, SmartBand Talk dijual pada harga saranan RM579.
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

