• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SIS Sengaja Mahu Heret Islam Ke Mahkamah – Jamil Khir

oleh Ahmad Albab
10/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan `Sisters In Islam’ (SIS) mencabar fatwa berkenaan fahaman liberalisme melalui Mahkamah Sivil merupakan usaha untuk mengheret institusi agama Islam agar dibicarakan di mahkamah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata,  institusi Islam seperti Majlis Agama Islam negeri harus berganding bahu bagi menghadapi gelombang tentangan bentuk baharu terhadap agama Islam tersebut.

“Kita menyedari agenda di luar Islam yang bersungguh-sungguh untuk memesongkan akidah umat Islam melalui pelbagai cara. Oleh itu, adalah penting umat Islam untuk berwaspada dengan fahaman ini demi mempertahankan akidah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jamil Khir bagaimanapun mengingatkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes berkaitan fatwa ESQ Leadership Centre Sdn. Bhd. pada tahun 2010 pernah menolak permohonan pihak yang mencabar fatwa di Mahkamah Sivil atas alasan Mahkamah Sivil tidak mempunyai kuasa mendengar kes-kes berkaitan fatwa dan syariah.

Media pada 31 Oktober lalu melaporkan badan bukan kerajaan (NGO) SIS memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan fatwa Selangor mengharamkan pertubuhan itu kerana dianggap sesat.

Pertubuhan yang lebih dikenali sebagai SIS, menamakan tiga responden iaitu Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerajaan Selangor.

Tags: Jamil Khir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Laksana Prinsip Maqasid Al-Syariah

27/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional telah mempraktikkan lima prinsip maqasid al-syariah sepanjang pemerintahan bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan rakyat....

Isu Jantina, Nur Sajat Dedah Motif Sebenar Papa Gomo?

17/01/2018
0

MISTERI jantina usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat rupa-rupanya turut menarik minat ramai pihak termasuklah penulis-penulis blog tanah air. Antaranya ialah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd