• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Putin Individu Paling Berpengaruh Dunia – Forbes

oleh Ahmad Albab
29/11/2021
dalam Antarabangsa, Berita, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Berdasarkan senarai terbaru individu berpengaruh di dunia 2014  yang dikeluarkan oleh Majalah Forbes, Presiden Rusia, Vladimir Putin diundi untuk menduduki tempat pertama carta.

Ini sekaligus menolak tepi Presiden Amerika Syarikat yang menduduki tangga kedua manakala tempat ketiga diduduki pemimpin China, Xi Jinping, diikuti Pope Francis dan Angela Merkel.

Menurut majalah tersebut, walaupun Putin dilihat banyak menimbulkan masalah, antaranya ketegangan di wilayah Crimea dan perang dengan negara Ukraine sehingga mengorbankan banyak nyawa terutama dalam tragedi MH17, namun beliau dilihat sebagai seorang individu yang kuat.

Jadi, untuk tahun kedua berturut-turut, beliau berjaya mengekalkan dirinya pada kedudukan tersebut, begitu juga dengan Obama.

Antara figura terkenal lain yang tersenarai dalam edisi tahun ini adalah Bill Gates (7), Perdana Menteri Britain, David Cameron (10), Perdana Menteri India, Narendra Modi (15) dan Mark Zurkerberg (22).

Selain itu, dalam senarai tersebut juga terdapat beberapa nama figura dari Asia seperti, Akio Toyoda (CEO Toyota), Ban Ki Moon (Setiausaha Agung PBB), Park Geun-Hye (Presiden Korea Selatan), Kim Jong Un (Presiden Korea Utara) dan Karuhiko Kuroda (Gabenor Bank Jepun).

Ranking tersebut ditentukan mengikut hasil analisis dan undian yang dibuat oleh panel editor Forbes dan mengambil kira faktor seperti sumber kewangan, skop dan penggunaan kuasa dan impak individu tersebut kepada masyarakat. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: Duniapemimpin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penduduk Orang Asli Rayu Bayaran BR1M Secara Tunai

Next Post

PLUS Perhebat Promosi Pembayaran Tol Secara Elektronik

Related Posts

MYTV Gantung Siaran Awesome TV

Dunia Kutuk Kekejaman Israel Bom Hospital

19/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Pemimpin dunia mengutuk dan mengecam tindakan Israel mengebom sebuah hospital di Gaza yang menyebabkan lebih 500 orang terkorban...

3 Julai Hari Paling Panas Di Dunia

3 Julai Hari Paling Panas Di Dunia

05/07/2023
0

NEW YORK: Dunia mencatatkan suhu purata tertinggi yang pernah direkodkan pada 3 Julai lalu. Ikuti Mynewshub: Telegram Berdasarkan data daripada Pusat...

Next Post

PLUS Perhebat Promosi Pembayaran Tol Secara Elektronik

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd