• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puteri UMNO Buat Rombakan Selepas Perhimpunan Agung

oleh Ahmad Albab
25/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pergerakan Puteri Umno akan menyusun semula 23 bironya untuk memantapkan kedudukannya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Katanya, jumlah biro juga akan dikecilkan menjadi 15 biro sahaja dengan lebih memberi tumpuan kepada biro-biro berkaitan kepentingan anak muda seperti latihan, penerangan, media baharu dan menarik keanggotaan baharu.

“Antara biro yang akan diberi penekanan selepas ini adalah keanggotaan dan daftar pemilih, penerangan dan pemidato, latihan dan pengkaderan, media sosial dan digital, ekonomi dan keusahawanan serta sukan, kebudayaan dan warisan.

“Kita akan buat rombakan selepas tamat perhimpunan agung ini dan akan memulakan gerak kerja yang dipecahkan kepada tiga fasa bermula pada tahun depan,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pergerakan itu di sini, hari ini.

Perhimpunan Agung Umno yang bermula hari ini hingga Sabtu dimulakan dengan perhimpunan tiga sayap parti itu – Wanita, Puteri dan Pemuda.

Beliau berkata, pergerakan itu menyasar sebanyak 130,000 anggota baharu dalam tempoh tiga tahun ini dan Ketua Puteri Umno di setiap negeri diberi tanggungjawab khusus bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

“Sehingga tiga hari lepas, kita mempunyai seramai 375,356 anggota dan usaha berterusan perlu dijalankan dengan berterusan bagi menambah keanggotaan kepada 500,000 orang menjelang 2018. Saya akan tukar mana-mana Ketua Puteri Umno negeri yang gagal mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Selain itu, kita turut melatih kira-kira 1,000 pemimpin Puteri di peringkat akar umbi untuk menjadi pemidato dan mereka juga ditugaskan untuk menjawab segala tohmahan yang dilemparkan pembangkang terhadap polisi serta dasar kerajaan,” katanya.

Mengulas mengenai perhimpunan itu, Mas Ermieyati berkata sebanyak 15 pembahas terdiri daripada seorang wakil mahasiswa dan seorang orang kelainan upaya (OKU) akan membahaskan ucapan dasar Ketua Puteri Umno pada esok yang meliputi usul agama, politik, sosial, ekonomi dan pendidikan.

Selain itu, Puteri Umno juga akan membahaskan tiga ucapan anggota Majlis Tertinggi Umno iaitu Datuk Seri Idris Haron, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Dr. Mohd Puad Zarkashi. – BERNAMA

Tags: Puteri UMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Melayu, Fikirkan Masa Depan Bangsa Mu!

Next Post

Sarimah Mahu Berhenti Jadi Deejay Mix FM?

Related Posts

[PAU 2021] Puteri UMNO Mahu PRU-15 Segera

17/03/2022
0

KUALA LUMPUR : Pergerakan Puteri UMNO menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum Ke-15...

Puteri UMNO Tidak Mahu Pintu Belakang

05/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Puteri UMNO mengingatkan ahlinya agar tidak termakan umpan untuk mengejar kedudukan kerana tiada pintu belakang untuk berkuasa....

Next Post

Sarimah Mahu Berhenti Jadi Deejay Mix FM?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd