• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala AFF Suzuki: Malaysia, Myanmar Seri Tanpa Jaringan

oleh Ahmad Albab
24/11/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Malaysia mempamerkan aksi mengecewakan selepas seri tanpa jaringan menentang Myanmar pada aksi pembukaan kumpulan B Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar, di sini, hari ini.

Keputusan berkenaan menyaksikan kedua-dua pasukan mengutip satu mata.

Keadaan hujan sebelum perlawanan nyata tidak menganggu rentak kedua-dua pasukan dan mereka saling berbalas serangan sebaik sahaja pengadil, Kurbanov Charymurat dari Turkmenistan meniupkan wisel permainan.

Malaysia seharusnya berada di hadapan seawal minit kelima, namun jaringan Mohd Amri Yahyah hasil hantaran rakan sepasukan, dibatalkan oleh Kurbanov selepas penyerang Johor Darul Ta’zim itu dikatakan berada dalam kedudukan ofsaid oleh penjaga garisan.

Skuad negara kemudian terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-34 selepas pemain tengah, Gary Steven Robbar diperintahkan keluar padang oleh Kurbanov kerana mengutip kad kuning kedua.

Kekurangan seorang pemain bagaimanapun gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh jentera serangan Myanmar bagi mencari gol pendahuluan dan keputusan tersebut kekal sehingga berakhirnya separuh masa perlawanan.

Bersambung babak kedua, Myanmar dilihat lebih banyak menguasai perlawanan dengan serangan bertali arus ke kubu Malaysia namun dipatahkan oleh barisan pertahanan negara diketuai pemain veteran, Muhammad Shukor Adan.

Penjaga gol skuad negara, Khairul Fahmi Che Mat menjadi wira negara selepas banyak menyelamatkan percubaan berbahaya pasukan Myanmar yang mendapat sokongan lebih 5,000 penyokong setia mereka yang menyaksikan perlawanan itu.

Kedua-dua pasukan terus berusaha mencari gol pendahuluan namun keputusan seri 0-0 kekal sehingga berakhirnya perlawanan itu.

Tuan rumah bersama, Singapura yang merupakan juara bertahan, bakal memulakan kempen mereka berdepan juara tiga kali, Thailand di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub, lewat hari ini.

Pada aksi kedua kumpulan Rabu ini, Malaysia akan menentang Thailand di venue yang sama manakala Myanmar menghadapi tugas getir berdepan Singapura pada aksi kedua kumpulan di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub.- BERNAMA

Tags: Piala Suzuki AFF
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jentayu Perlu Tunjuk Kemampuan Sebelum Selamat MAS

Next Post

Karyawan Filem, LPF Perlu Saling Lebih Memahami

Related Posts

Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe Gesa Tiada Kesilapan Mudah Bertemu Vietnam

12/12/2021
0

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menuntut pemain negara agar tidak melakukan kesilapan mudah sewaktu berdepan Vietnam dalam aksi...

Kenangan Semi Final Piala AFF 2014 Di Hanoi Jadi Inspirasi Farizal

14/12/2018
0

HANOI – Istilah yang selalu didengari dalam bola sepak, ‘bola itu bulat, macam-macam boleh jadi’. Itulah yang berlaku pada kejohanan...

Next Post

Karyawan Filem, LPF Perlu Saling Lebih Memahami

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd