• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyelidik Wanita UniMAP Raih Anugerah Khas Di China

oleh Ahmad Albab
22/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Dr Norhafiza Muhammad mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa apabila  meraih tiga anugerah khas pada “8th International Exhibition of Invention (IEIK)” di Kunshan, China.

UniMAP dalam kenyataan hari ini berkata Norhafiza, penerima anugerah Felo Kebangsaan untuk wanita L’Oreal Malaysia pada 30 Okt lepas, telah merangkul anugerah khas di IEIK menerusi produk ciptaannya ‘Smoothed Particle Hydrodynamics’ iaitu aplikasi pemesinan mikro laser.

Ciptaan inovatif beliau mendapat pengiktirafan daripada tiga negara iaitu menrusi Association of Polish Inventors and Rationalizer (Poland), Korea University Invention Association (Korea Selatan) dan Indonesian Invention and Innovation Promotion Association.

Norhafiza, pensyarah di Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan dan Penyelidik Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) UniMAP berkata kejayaan itu memberi semangat kepadanya untuk menghasilkan penyelidikan yang lebih baik dan memberi manfaat kepada masyarakat.

“Alhamdulillah, kajian saya ini yang melibatkan penstrukturan permukaan jaringan logam menerusi penggunaan laser adalah bertujuan untuk menyelamatkan lebih ramai nyawa pesakit jantung, yang jumlahnya semakin meningkat di Malaysia.

“Fungsi utama penstrukturan ini adalah untuk memudahkan proses endotiliasisasi pada jaringan logam dan ia akan menghasilkan tindakbalas bersesuaian pada tisu biologikal dengan peningkatan prestasi jantung yang lebih baik,” katanya.

Sebanyak 32 negara dari seluruh dunia menyertai pameran itu termasuk tuan rumah, China.

Selain itu, UniMAP turut menerima pelbagai anugerah khas IEIK 2014 menerusi menerusi ciptaan produk “Agriglass: From Agricultural Waste to Glass and Ceramic Product” oleh Noorina Hidayu Jamil, ‘GSM Temperature Alert System’ oleh Mohd Khairul Fadzly Abu Bakar dan hasil penyelidikan Amarul Talip iaitu PDIgi dan IGate.

Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin yang bersyukur dengan  kejayaan penyelidik universiti itu berkata pihaknya akan terus memberi komitmen sepenuhnya dalam bidang penyelidikan dan inovasi selaras dengan sasaran UniMAP untuk menjadi antara 500 univeristi terbaik di dunia berdasarkan penarafan agensi penarafan universiti dunia, Quacquarelli Symonds (QS). – BERNAMA

Tags: UniMAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

08/02/2025
0

KANGAR: Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis Proton X50 ketika sedang berbasikal di Jalan...

PTPTN Sampai Sumbangan Tablet Kepada Penuntut UiTM, Unimap

18/04/2022
0

ARAU : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyumbang sebanyak 50 unit tablet kepada pelajar dalam kalangan golongan berpendapatan rendah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd