• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengunjung Dipelawa Sertai Program Diploma Seni Mushaf

oleh Ahmad Albab
01/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kolej Restu, kendalian Yayasan Restu mempelawa individu berkelayakan mengikuti program Diploma Seni Mushaf bagi mempelajari keindahan seni kaligrafi Islam.

Pensyarahnya Anissuriati Sawaruddin berkata pengambilan pelajar untuk sesi November kini sedang dibuka dan peserta boleh mendaftar di ruang pameran Kolej Restu sempena penganjuran Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya (PIIACUF) 2014 yang sedang berlangsung di sini atau secara dalam talian.

“Mereka akan mengikuti pengajian selama dua setengah tahun dengan kelayakan masuk SPM/SPMV dengan kredit sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran. Ini satu-satunya kolej yang menawarkan kursus ini (seni kaligrafi Islam) di Malaysia,” katanya kepada Bernama sempena PIIACUF 2014 yang bermula Khamis dan berakhir esok, di sini hari ini.

Anissuriati berkata antara subjek yang diajar ialah seni kaligrafi (nasakh) dan seni kaligrafi (kufi) serta penyalinan dan penerbitan mushaf.

Selain program diploma, beliau berkata kursus jangka pendek dua bulan turut ditawarkan antaranya seni khat, ‘Islamic English’ dan ‘Intensive Jawi & Methodology’.

Antara peluang pekerjaan graduan dalam jurusan ini ialah penulis khat, jurukhat bahasa Arab profesional, pereka grafik serta peluang sebagai pensyarah di Kolej Restu sendiri, katanya.

Sempena PIIACUF 2014, Anissuriati berkata pengunjung juga berpeluang mendapatkan perkhidmatan menulis nama dalam tulisan khat dengan harga RM4 sehelai.

PIIACUF 2014 bertemakan ‘Keajaiban Dunia Islam’ di Kompleks Perbadanan Putrajaya menawarkan lebih 200 program berunsur kesenian Islam tempatan dan antarabangsa. – BERNAMA

Tags: kolej
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Melayan Kerasukan Blog Pakatan Rakyat, Sekali Sekala…

Next Post

Karim Ibrahim Presiden Baharu KOM

Related Posts

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

12/05/2025
0

Seremban: Pelajar kolej maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas di KM 223.7 Lebuhraya Utara...

Pembantu Tadbir Kolej Tak Mengaku ‘Gelapkan’ RM20,000

Pembantu Tadbir Kolej Tak Mengaku ‘Gelapkan’ RM20,000

14/08/2024
0

Seremban : Pembantu tadbir sebuah kolej vokasional didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, tadi, atas dua pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu...

Next Post

Karim Ibrahim Presiden Baharu KOM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd