• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengapungan Terkawal RON95 Beri Faedah Kepada Rakyat

oleh Ahmad Albab
23/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Pengguna dan rakyat akan mendapat faedah terus daripada penjimatan subsidi melalui pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal bagi menentukan harga runcit petrol RON95 dan diesel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata penjimatan subsidi itu juga membolehkan kerajaan menambah peruntukan bagi pembangunan sosio ekonomi negara.

“Cuba bayangkan kalau kita boleh jimat antara RM10 bilion hingga RM20 bilion setahun, sudah tentu kita boleh tambah peruntukan dalam sektor yang kita anggap penting dalam konteks pembangunan sosio ekonomi negara.

“Bidang pertanian, pembangunan luar bandar, pendidikan dan kesihatan antara yang boleh kita tambah peruntukan, ini semua yang melibatkan sektor yang ada kaitan langsung dengan kesejahteraan rakyat.

“(Selain itu) kerajaan melaksanakan pengapungan terkawal ini untuk memberi faedah terus dalam keadaan harga minyak dunia semakin menurun, jadi bila semakin menurun, kita boleh buat pengubahsuaian mengikut harga pasaran minyak sedunia,” katanya.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2014, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), di sini, hari ini.

Kaedah pengapungan terkawal itu yang akan dilaksanakan pada 1 Dis ini adalah sama seperti pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010.

Berikutan itu, bermula pada tarikh tersebut tiada lagi subsidi bagi kedua-dua bahan bakar itu memandangkan harga pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kaedah itu juga dapat mendidik rakyat bahawa kenaikan mahupun penurunan harga minyak di negara ini bukan tertakluk kepada kuasa kerajaan tetapi bergantung kepada harga pasaran dunia.

“Jadi jangan kerajaan dipersalahkan waktu harga naik, sebab ini di luar kawalan mana-mana kerajaan sekalipun, ia bergantung kepada harga pasaran sedunia,” katanya.

Beliau berkata subsidi minyak mempunyai banyak ketirisan dan menyebabkan kerajaan rugi berbilion ringgit setahun antaranya kerana aktiviti penyeludupan yang berleluasa.

“Minyak ini subsidi pukal, jadi orang kaya dapat lebih faedah daripada yang berpendapatan rendah, penyeludupan juga berleluasa, lepas tu pelancong yang datang beli minyak dengan kita, jadi subsidi minyak ini banyak ketirisan dan kerugian,” katanya.

Menurut beliau, selain subsidi minyak, kerajaan ada cara lain untuk menolong rakyat dan kaedah pengapungan terkawal itu tidak bermakna kerajaan menghapuskan pemberian subsidi sama sekali.

“Sebab itu subsidi bersasar lebih besar manfaatnya, maknanya kita tak hapuskan bantuan kepada rakyat melalui subsidi dalam bentuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, insentif kepada nelayan, perumahan rakyat (dan) pendidikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4,530 Pelajar Seluruh Negara Terima Zakat Daripada TH

Next Post

Kerajaan Komited Sokong Industri Animasi Tempatan

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Kerajaan Komited Sokong Industri Animasi Tempatan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd