KUALA LUMPUR – Jumlah syarikat yang mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 118,026 sehingga 1 Nov, meningkat 650 buah syarikat berbanding hari sebelumnya, menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata data terkini menunjukkan peningkatan berterusan jumlah syarikat yang mendaftar bagi GST, dengan tarikh akhir pada 31 Disember.
Sasaran kerajaan ialah mendapatkan 140,000 buah syarikat mendaftar di bawah struktur cukai baharu itu yang akan dilaksanakan mulai 1 April, 2015. – BERNAMA