• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Papan Selaju Dalam Filem Back To The Future Jadi Kenyataan!

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

Hoverboard merupakan papan luncur terapung yang telah dipopularkan dalam salah satu filem Back To The Future.

Buat peminat tegar filem tersebut, anda pasti perasan adegan dalam Back To The Future II semasa Marty McFly lakonan Michael J. Fox dikejar oleh Biff, dia telah meminjam hoverboard yang dinaiki oleh dua budak perempuan.

Gara-gara sekuel tersebut, konsep papan selaju terapung mendapat sambutan hangat hingga beberapa syarikat termasuk Google telah cuba untuk membangunkannya.

hoverboard-00

Terkini setelah dinantikan berpuluh tahun, Arx Pax, sebuah syarikat teknologi akhirnya hadir dengan projek dinamakan Hendo Hoverboard.

Hendo Hoverboard mampu mengapungkan seseorang yang memiliki berat 300 paun.

hoverboard

hendo-hoverboard

Menggunakan teknologi medan elektromagnetik, jarak dari lantai kurang dari 1 inci apabila seseorang berdiri di atas Hendo Hoverboard ini.

Bagaimanapun, ia hanya berfungsi di atas bahan permukaan tertentu sahaja seperti kuprum dan aluminium, di mana seseorang boleh terapung selama 7 minit dengan bantuan bateri.

Lagenda papan selaju dunia, Tony Hawk tidak lepaskan peluang mencuba Hoverboard baru-baru ini buat pertama kali dan berjaya terapung di atasnya.

Kejayaan Arx Pax mencipta Hendo Hoverboard ini sekaligus diiktiraf sebagai hoverboard pertama di dunia.

Apa yang menarik, papan selaju alaf baru ini dijangka memasuki pasaran pada Oktober 2015 iaitu tahun yang sama digambarkan dalam filem Back To The Future II!

Pada masa ini, Arx Pax sedang melakukan kempen di Kickstarter bagi memperbaiki dan menjadikan hoverboard sedia ada satu realiti.

Harga Hendo Hoverboard bagaimana pun dijangka amat mahal iaitu sekitar USD 10,000 (RM33,000) sebuah.

Sumber: Hendohover

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Tags: kreatif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

20 Bunyi Alat Muzik Dalam Sebuah Piano Lama

02/03/2019
0

KIEV - Sebuah kumpulan rock dari Ukraine mempunyai daya kreativiti yang tinggi apabila berjaya mencipta 20 bunyi alat muzik dalam...

Serba Dinamik Komited Bantu Industri Kreatif Melalui GCE

30/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Serba Dinamik Holdings Bhd komited dalam membantu membangunkan industri kreatif melalui aplikasi digital ‘Global Content Exchange’ (GCE) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd