• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAC Sangkal Dakwaan Ia Tiada ‘Taring’

oleh Ahmad Albab
17/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyangkal dakwaan bahawa ia tidak mempunyai ‘taring’ dalam memastikan kerajaan mengambil tindakan terhadap syor-syor yang dikemukakan bagi menyelesaikan sesuatu isu.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata banyak syor yang dikemukakan jawatankuasa Parlimen itu sebelum ini, terutamanya berkaitan masalah yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara, telah diambil tindakan sewajarnya sama ada oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) atau kementerian-kementerian berkaitan.

“Apa yang PAC dapati sejak kita memulakan tugas dalam (persidangan) Parlimen yang baharu ini, tindakan yang diambil oleh KSN dan kementerian nampaknya mendahului PAC.

“Sebagai contoh, dalam laporan berkaitan Kementerian Dalam Negeri (KDN), mereka telah memulakan operasi audit ke atas syarikat sekuriti… walaupun PAC belum panggil mereka untuk memberi penjelasan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan prosiding bersama KDN berkaitan prosedur perlesenan syarikat keselamatan dan pengambilan pengawal keselamatan, di bangunan Parlimen di sini, Isnin.

Nur Jazlan yang juga Anggota Parlimen Pulai menyifatkan tindakan awal yang diambil KSN atau kementerian dalam menyelesaikan sesuatu isu sebagai perkembangan baik dan menggambarkannya sebagai sikap serius kerajaan dalam menyelesaikan masalah yang dilaporkan.

Beliau bagaimana pun menjelaskan tindakan awal yang diambil oleh sesuatu kementerian itu tidak boleh dianggap sebagai tindakan ‘berkecuali’ kerana ia bukan syor yang dikeluarkan PAC.

Menurutnya hanya PAC sahaja yang mengeluarkan syor bersifat berkecuali dan semua kementerian yang menerima syor daripada jawatankuasa itu wajar melaksanakannya seperti yang diminta.

“Saya tidak kata tindakan yang diambil KSN atau kementerian itu tidak betul, saya cuma katakan bahawa akhirnya hanya syor tindakan daripada PAC sahaja yang bersifat berkecuali kerana kita membuat syor tanpa memihak kepada mana-mana pihak,” katanya.

Mengenai proseding hari ini, Nur Jazlan berkata PAC telah mengesyorkan KDN supaya menjalankan ujian psikologi ke atas semua pengawal keselamatan di negara ini bagi menentukan tahap kecerdasan mental mereka menepati keperluan tugas.

Langkah itu penting bagi menjamin mereka dapat menjalankan tugas sebaik mungkin dan mengelak berulangnya kejadian seperti kes pegawai bank ditembak oleh pengawal keselamatan, katanya.

Nur Jazlan berkata KDN memaklumkan bahawa sehingga kini, lesen 45 syarikat keselamatan ditarik balik kerana melanggar syarat-syarat ditetapkan.

Pada masa ini, terdapat kira-kira 163,000 pengawal keselamatan termasuk 13,000 warganegara Nepal bertugas dalam pelbagai sektor di negara ini. – BERNAMA

Tags: PAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2015 meluluskan dua sistem pengurusan pekerja asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd