BEIJING – Presiden China Xi Jinping yang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini, menyifatkan Malaysia sebagai rakan mesra dan boleh diharap.
Xi berkata beliau gembira bertemu semula Najib selepas kunjungan pertamanya ke China Mei lepas.
Beliau berkata Najib mengikuti jejak bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, dan lawatannya ke China sempena ulang tahun ke-40 jalinan diplomatik antara kedua-dua negara, sebagai saat bersejarah.
“Ia merupakan suatu cerita indah dalam sejarah perhubungan kedua-dua negara,” kata Xi.
Xi berkata beliau mengadakan pertemuan dua hala di ‘Great Hall of the People’ sempena Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) 2014 di sini hari ini.
Pada pertemuan itu, Xi berkata ulang tahun ke-40 merupakan kisah menarik dalam sejarah hubungan Malaysia dan China.
Bagi merealisasikan keputusan yang lebih bermakna dalam hubungan dua hala itu, Xi juga menggesa kebijaksanaan dan semangat politik sedia ada ditingkatkan..
Najib pula bersetuju dengan Xi bahawa kedua-dua negara perlu menjadikan hubungan baik Malaysia dan China sebagai model hubungan kedua-dua negara.
Sementara itu, dalam pertemuan berasingan dengan Perdana Menteri China Li Keqiang di tempat yang sama, Najib berkata 2014 merupakan tahun bersejarah dan bertuah untuk kedua-dua negara.
Li berkata China sudah bersedia untuk bekerjasama dengan Malaysia untuk meningkatkan lagi tahap itu.
Najib berada di ini untuk menghadiri AELM ke-22 Apec, selama dua hari yang bermula hari ini.
Muhyiddin juga menyebut tentang perlunya ESD mengguna pakai pendekatan bersifat saling berkait atau pelbagai disiplin.
Dalam hubungan ini, kata beliau, institusi pendidikan tinggi (HEI) perlu diperkasakan untuk menjadi pelaku utama dalam usaha mengarusperdanakan ESD, bukan sahaja sesama mereka tetapi juga dengan meluaskan pelaksanaan dan sokongan merangkumi sekolah dan bukan HEI.
“Institusi (pendidikan) tinggi perlu memainkan peranan utama untuk memajukan bahan dan sumber pengajaran yang relevan dengan ESD, yang mampu mencapai hasil lebih banyak dan lebih baik, dengan perbelanjaan yang kurang,” kata Muhyiddin.
Di samping itu, tegas beliau, kolaborasi boleh dipupuk secara pepenjuru, melibatkan entiti komuniti berasaskan pengetahuan seperti taman rekreasi, pusat kebudayaan malahan zoo.
Beliau seterusnya berkata pendekatan dari sudut agama dan kepercayaan serta pendekatan berasaskan kepercayaan ke arah ESD juga boleh digunakan. – BERNAMA