• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kekurangan Ahli Fisioterapi

oleh Ahmad Albab
13/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hospital di seluruh negara menghadapi masalah kekurangan ahli fisioterapi untuk memenuhi keperluan rakyat, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pada masa ini hanya terdapat 2,281 ahli fisioterapi iaitu 1,425 di hospital kerajaan dan 856 di hospital swasta.

Katanya, seorang ahli fisioterapi di Malaysia perlu merawat antara 15 dan 20 pesakit sehari, berbanding di Singapura dan Australia masing-masing lapan pesakit dan di Thailand sepuluh pesakit.

“Sementara mengikut populasi, di Singapura nisbahnya ialah 1:3,000, Australia 1:4,000, United Kingdom 1:3,000. Tetapi, Malaysia 1:13,000 penduduk.

“Ini menunjukkan bahawa kita perlu tambahan lebih daripada sekali ganda daripada yang ada sekarang jika mengikut norma negara maju,” katanya menjawab soalan Khoo Soo Seang (BN-Tebrau) yang ingin tahu sama ada negara menghadapi kekurangan ahli fisioterapi.

Dr Hilmi berkata pertambahan ahli fisioterapi di hospital kerajaan dan swasta adalah kira-kira 500 orang setahun, tetapi perlu mengambil kira mereka yang bersara atau meninggalkan perkhidmatan.

Katanya, walaupun terdapat ramai graduan dalam bidang itu di universiti awam dan swasta setiap tahun, namun kapasiti perjawatan yang kecil menyebabkan kementerian tidak dapat mengisi keperluan dengan sewajarnya.

Bagaimanapun, Dr Hilmi berharap mana-mana ahli fisioterapi yang gagal mendapatkan penempatan di hospital agar menubuhkan pasukan sendiri yang menawarkan perkhidmatan berkenaan seperti yang banyak terdapat di klinik swasta pada masa kini. – BERNAMA

Tags: Hilmi Yahayahospital
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

04/01/2026
0

TANGKAK: Dua wanita disahkan maut dalam satu kemalangan jalan raya tragis melibatkan dua buah kenderaan di KM 33, Jalan Kebun...

Pesakit Dakwa Dipukul Dua Doktor Di Hospital

Pesakit Dakwa Dipukul Dua Doktor Di Hospital

23/12/2025
0

SHIMLA (India): Seorang pesakit lelaki berusia 36 tahun mendakwa menjadi mangsa serangan fizikal oleh dua orang doktor di Indira Gandhi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd