• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makmal Khas Diwujud Bagi Tambah Baik Modul PLKN

oleh Ahmad Albab
08/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Kerajaan akan mewujudkan makmal khas yang berfungsi mengumpul maklumat dan menjalankan kajian pendapat bagi menambah baik modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sedia ada selaras peredaran masa.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata langkah itu bagi melonjak peranan PLKN yang telah melahirkan lebih 800,000 pelatih sejak 2004 selaras dengan Pelan Transformasi Belia Negara untuk memperluas peranan belia dalam Bajet 2015.

Beliau berkata inisiatif itu yang telah dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan diketuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

“Kajian akan mengambil kira pendapat pelbagai pihak terutama individu atau kumpulan yang dikenal pasti dapat memberikan idea yang bernas bagi menambah nilai dan tambah baik modul sedia ada.

“Kumpulan sasaran bagi kajian ini akan melibatkan pelbagai kaum dan lapisan masyarakat di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan PLKN Kumpulan 3 Siri 11/2014 di Kem Putra Putri di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Mohmed Asri Yusof.

Seramai 306 pelatih PLKN terdiri daripada 180 pelatih Kem Putra Putri Alor Gajah dan 126 pelatih dari Kem Ulu Pari Rembau Negeri Sembilan hadir pada sesi penutupan tamat latihan di kem tersebut.

Abdul Rahim berkata inisiatif itu bertujuan untuk melahirkan modal insan dan warganegara yang mampu memacu masa depan negara ke arah yang lebih gemilang selaras dengan objektif pelaksanaan PLKN.

“Ini termasuk meningkatkan semangat patrotisme dalam kalangan pelatih, memupuk perpaduan dan integrasi nasional serta membentuk perwatakan positif pelatih melalui nilai murni,” katanya.

Abdul Rahim turut menggesa pelatih PLKN mengaplikasikan ilmu yang diperoleh sepanjang program latihan itu bagi mengelak terpengaruh atau terlibat dengan kumpulan pengganas terutama kumpulan militan digelar IS di Timur Tengah yang menjadi isu global masa kini.

“Antara cabaran terbesar yang perlu dihindari golongan muda adalah ancaman pengganas yang menyasarkan aset negara ini untuk menyertai pergerakan yang bukan sahaja merosakkan mereka malah mampu menghancurkan negara,” katanya.

Seramai 13,625 pelatih PLKN Kumpulan 3 Siri 11/2014 dari 80 kem di seluruh negara menamatkan latihan pada hari ini. – BERNAMA

Tags: PLKN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 yang bermula hari ini akan mengikuti modul latihan...

2 Individu Dan Syarikat Didenda RM70 Juta Bawa Masuk Rokok Tiada Cukai

Semangat Patriotik, Cinta Negara Kurang Jadi Asas Utama Laksana Semula PLKN

28/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Kurang patriotik selain kurang semangat cintakan negara dalam kalangan belia menjadi asas utama kerajaan memutuskan untuk mengembalikan Program...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd