• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tua Makan Bertemankan Gambar Mendiang Isteri

oleh Ahmad Albab
03/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kisah ini menjadi ‘viral’ di laman internet dan menyentuh hati banyak pihak kerana kesetiaan cinta seorang warga emas terhadap pasangannya. Ia berlaku di sebuah restoran di Fremont, California, Amerika Syarikat.

Satu gambar yang dimuat naik individu bernama Madina Bashizadah di laman Twitter minggu lalu memperlihatkan seorang lelaki yang sedang menikmati hidangan, bertemankan sekeping foto bersama mendiang isterinya.

Menurut Madina yang menyaksikan kejadian tersebut, lelaki itu makan sambil merenung ke arah foto yang diletakkan di atas meja. Kejadian tersebut menyebabkan Madina terharu dan menangis.

“Apabila saya melihat perlakuan lelaki itu, saya menjadi emosional dan menangis. Kawan menyuruh saya untuk bercakap dengan lelaki itu tetapi saya tidak mampu kerana terlalu tersentuh.”

Namun begitu, ada pelanggan lain yang mendekati lelaki tersebut dan bertanyakan tentang gambar itu. Warga emas terbabit mengakui wanita itu adalah isterinya dan telah meninggal dunia lima tahun lalu.

Warga emas itu juga kelihatan teruja apabila diajak bercakap tentang mendiang isterinya, dan menceritakan tentang kisah indah mereka ketika isterinya itu masih hidup.

Menurut Madina, lelaki tersebut mengenali pasangannya ketika berusia 17 tahun. Walaupun pada ketika itu dunia berhadapan peperangan dan memisahkan mereka selama 10 tahun, namun lelaki itu tidak pernah berhenti untuk mencari wanita terbabit.

“Suatu hati ketika dia menceritakan kepada tukang gunting rambut perihal gadis itu, tukang tersebut lantas memanggil anak perempuannya. Rupanya, itulah perempuan yang dicari selama ini.”

“Mereka berkahwin tidak lama selepas itu dan ia berkekalan sehingga 55 tahun sebelum pasangannya meninggal. Dia kemudiannya membawa gambar tersebut ke mana-mana sahaja, setiap hari.”

love-is-forever

Beberapa minggu lalu, sebuah portal juga menulis perihal kisah itu. Secara kebetulan, ia merupakan lelaki yang sama, di tempat yang sama namun pada hari berbeza.

Tulis portal Imgur, “Pastikan kamu bercakap dengan orang yang lebih tua, terutama orang asing. Mungkin kamu akan berfikir yang kamu akan membuatkan harinya menjadi indah, namun mungkin kamu terkejut kerana mereka juga mampu membuatkan hari kamu lebih bermakna.”

Ya, itulah ‘kuasa’ sekeping gambar yang mampu menterjemahkan seribu makna. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: cintalelakiwarga emas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MCA Bantu K’jaan Tingkat Penguasaan B.Melayu Di SJKC

Next Post

Apakah Siti Saerah Dicerai Talak Tiga?

Related Posts

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

26/06/2025
0

IPOH - Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam nahas dengan sebuah lori...

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Next Post

Apakah Siti Saerah Dicerai Talak Tiga?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd