• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 1,800 Peluru Ditemui Di Langkawi

oleh AK-47
10/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Sebanyak 1,840 butir peluru ditemui berhampiran sebuah jeti nelayan di muara Sungai Belanga Pecah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Harrith Kam Abdullah berkata peluru bersaiz 7.62 milimeter buatan Rusia itu ditemui oleh orang ramai dalam sebuah kotak hitam berhampiran muara sungai itu kira-kira pukul 1 tengah hari.

“Ekoran penemuan itu, sepasukan Polis telah bergegas ke lokasi dan menemui 920 butir peluru yang masih hidup terdapat di dalam kotak itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, di sini hari ini.

Katanya hasil pemantauan seterusnya polis menjumpai 920 lagi butir peluru yang telahpun berkarat dibungkus di dalam sebuah beg plastik di kawasan berhampiran kira-kira pukul 6 petang.

Katanya penemuan peluru itu dipercayai ada kaitan dengan kes rampasan 16 laras senapang termasuk senapang patah yang ditanam bersama lebih 1,000 peluru daripada dua lelaki tempatan dan seorang warga Britain di Kampung Belanga Pecah di sini pada 18 September lepas.

Katanya penemuan peluru itu akan disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960, yang jika sabit kesalahan mereka yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.

Harrith berkata penemuan peluru itu tidak ada kaitan dengan unsur-unsur pengganas atau militan mahupun jenayah terancang di negara ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat sebarang perkara yang mencurigakan supaya melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.- BERNAMA

Tags: JenayahLangkawipeluru
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

20/11/2025
0

KANAK-KANAK RUSIA MAUT DISENGAT UBUR-UBUR KOTAK DI PANTAI CENANG Oleh Mynewshub LANGKAWI, 20 November – Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia...

Iran Berusaha Bina Keupayaan Tembak 2,000 Peluru Berpandu Serentak Ke Arah Israel

Iran Berusaha Bina Keupayaan Tembak 2,000 Peluru Berpandu Serentak Ke Arah Israel

12/11/2025
0

OLEH MYNEWSHUB Kuala Lumpur, 11 November — Republik Islam Iran dilaporkan sedang membangunkan keupayaan ketenteraan baharu yang mampu melancarkan sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd