• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kondom Gergasi Merah Jambu Hiasi Sydney

oleh
10/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Bimbang disalah anggap sebagai lucah, Majlis AIDS Negeri New South Wales (ACON) hanya menyalut sebatang tiang warisan bersejarah mercu tanda utama di pusat bandar Sydney dengan kondom gergasi berwarna merah jambu selama enam hari sahaja.

Ia ekoran rungutan beberapa badan hal ehwal keagamaan tempatan yang menyelar usaha terbaharu ACON itu sebagai disifatkan tidak sesuai dipasang di tempat awam apatah lagi dilihat kanak-kanak walaupun niat asalnya mempromosikan aktiviti seks secara selamat.

“Ini amat memalukan masyarakat dan mungkin boleh disalah faham budak kecil sendiri sebagai menggalakkan budaya seks bebas,” kata jurucakap Australian Christian Lobby, Wendy Francis kepada agensi berita tempatan Associated Press Australia.

Kondom setinggi 18 meter itu menyalut sebatang obelisk terkenal di Hyde Park tengah bandar raya itu dipasang pada 7 November lalu dan akan diturunkan pada Rabu ini berbanding tempoh asal sehingga sambutan Hari AIDS Sedunia pada 1 Disember depan.

“Kami perlu kaedah lain kerana ramai tidak senang dengan cara kami,” kata jurucakap ACON, Nicholas Parkhill yang mendakwa, peningkatan kes HIV/AIDS pada masa ini banyak disebabkan lelaki gay kurang memakai kondom pada zakar mereka sebelum bersetubuh.

Bilangan penghidap HIV baharu di seluruh Australia dilaporkan meningkat pada paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun dengan kira-kira 1,235 kes direkodkan pada 2013 lalu, sebahagian besarnya melibatkan aktiviti seks dalam kalangan gay. – Agensi

Tags: AIDSAustraliagaygergasikondomSydney
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

Sekurang-kurangnya 11 Maut Dalam Insiden Tembakan Pantai Bondi, Australia

Sekurang-kurangnya 11 Maut Dalam Insiden Tembakan Pantai Bondi, Australia

14/12/2025
0

SYDNEY, 14 Disember – Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan maut dalam satu insiden tembakan yang menggemparkan Bondi Beach, antara pantai paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd