• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Muhdalena: 5 Jan Pengurusan Kes Rayuan Pihak Pendakwa

oleh Ahmad Albab
10/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi menetapkan 5 Jan depan bagi pengurusan kes berhubung rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Muhdalena Ahmad, yang didakwa mengamuk bersama-sama seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai di luar kompleks Jabatan Perdana Menteri, dua tahun lepas.

Timbalan Pendaftar Noor Aini Yusof menetapkan tarikh tersebut selepas peguam Muhdalena, M. Visvanathan memberitahu bahawa rekod rayuan yang akan dikemukakan pihak pendakwaan masih belum siap.

Ketika ditemui pemberita, Visvanathan berkata tarikh itu juga ditetapkan untuk menentukan mahkamah yang akan mendengar kes rayuan pendakwaan
tersebut.

Sementara itu, ketika ditanya media berhubung isu anak guamnya yang lari daripada tahanan polis di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Baharu, peguam itu menjelaskan Muhdalena bertindak demikian hanya untuk pulang ke rumah melihat anak-anaknya.

Bagaimanapun pada prosiding hari ini, Muhdalena, 30, tidak hadir ke mahkamah dan hanya suami dan anak-anaknya hadir.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri.

Pada 23 Okt lepas, wanita itu dilaporkan melarikan diri dari hospital itu selepas dimasukkan kerana bersalin pada 9 pagi, 19 Okt lepas.

Pada 19 Jun lalu, Mahkamah Sesyen Putrajaya, melepaskan Muhdalena daripada empat pertuduhan mengikut kesalahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya dalam kejadian amuk, dua tahun lalu.

Mahkamah mendapati tertuduh mengalami ketidaksempurnaan akal semasa kejadian dan memerintahkannya ditahan dengan selamat di Hospital Permai Tampoi, Johor sementara menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong. – BERNAMA

Tags: Muhdalena
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amuk: Muhdalena Kekal Bebas Tuduhan Miliki Parang

29/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Muhdalena Ahmad kekal bebas daripada pertuduhan memiliki sebilah parang dalam...

Kes Amuk: Muhdalena Hadiahkan Selimut Kepada Peguamnya

16/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhdalena Ahmad yang dilepaskan daripada tuduhan ugutan jenayah dan memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd