Kerajaan akan tetap berusaha membawa pulang serpihan bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 selepas selesai siasatan sepenuhnya kejadian nahas pesawat berkenaan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mesyuarat bersama pasukan penyiasat dan badan penerbangan antarabangsa yang diadakan di Montreal, Kanada baru-baru ini sebulat suara setuju menyiasat secara terperini nahas pesawat berkenaan yang terhempas di Ukraine.
Ketika ini, proses perbincangan masih berlangsung untuk membolehkan pasukan penyiasat membawa balik serpihak pesawat itu ke Belanda untuk tujuan siasatan.
BACA – Tragedi MH17 : Mayat Mangsa Nahas Terakhir Dikenalpasti
Memetik laporan laman web Astro Awani, pihaknya masih di peringkat perbincangan untuk memberi ruang kepada penyiasat memasuki kawasan nahas di Donetsk biarpun ketika ini sedang musim sejuk.
“Kami yakin dengan resolusi dan usaha untuk memasuki kawasan tersebut beberapa hari lagi.
“Sudah tiba masanya pengumpulan bahan bukti dan serpihan bangkai (MH17) dibawa pulang, bukan ke Malaysia tapi Belanda untuk menjalani proses penyiasatan lanjut,†kata Liow selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya ke-55 di Kota Bharu hari ini.
Lioe berkata, proses membawa keluar serpihan ke Belanda untuk disiasat ketika ini adalah amat penting.
Apabila selesai, kerajaan akan membuat pertimbangan untuk membawa pulang serpihan itu ke tanah air untuk dijadikan memorial sejarah nahas yang mengorbankan kesemua kru dan penumpang itu.
Pesawat MH17 ketika kejadian pada 17 Julai lepas sedang dalam penerbangan dari Amsterdam, Belanda menuju ke Kuala Lumpur sebelum dipercayai ditembak peluru berpandu berdekatan sempadan Ukraine dan Russia.
Setakat ini kesemua 44 mangsa nahas MH17 rakyat Malaysia sudah dikenal pasti.
Salah satu dari baki tiga rakyat Malaysia termasuk jenazah ‎nenek tiri Hishamuddin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Puan Sri Siti Amirah Kusuma berjaya dikenal pasti.
Baki tiga rakyat Malaysia yang baru dikenal pasti itu akan disemadikan di Belanda. – MYNEWSHUB.CC

