• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Kemain Disaman, Kereta Ni Macam Mana Kira?

oleh AK-47
15/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Tahukah anda, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh dikatakan agensi penguatkuasa paling panas diperkatakan masyarakat pada masa kini!

Semuanya gara-gara pengumuman tentang sekatan jalanraya khas untuk penguatkuasaan undang-undang yang dianggap kurang relevan dan menyusahkan pengguna jalanraya, antaranya ops cermin gelap dan terbaharu, nombor plat yang menyalahi spesifikasi ditetapkan.

Keratan akhbar tentang peraturan baharu cermin gelap untuk kenderaan di Malaysia.
Keratan akhbar tentang peraturan baharu cermin gelap untuk kenderaan di Malaysia.

Rata-rata komen yang menyelar tindakan JPJ ini menganggap perhatian berlebihan diberikan kepada isu remeh berbanding perkara lebih besar dan melibatkan keselamatan pengguna jalanraya hingga ke tahap menyusahkan rakyat.

Bayangkan, pengguna jalanraya terpaksa menempuh kesesakan jalanraya semata-mata menunggu anggota JPJ mengukur nombor plat kenderaan, berbaloikah?

Ada antara pengunjung laman sosial JPJ malah bertindak sinis dengan memberikan komen mengajar JPJ contoh kesalahan yang lebih patut diambil berat, antaranya menjalankan sekatan jalanraya untuk mengeluarkan saman kepada pengguna yang menghias aksesori secara berlebihan dalam kereta hingga menyukarkan pandangan.

Kemuncak ‘peperangan’ antara awam dengan JPJ di laman sosial mencapai klimaks apabila seorang pengguna Facebook dengan nama Maxazman Sabudin memuatnaik gambar kereta yang digunakan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad.

PANAS.. inilah gambar kenderaan Ketua Pengarah JPJ yang dikritik Maxazman hingga mencetuskan viral.
PANAS.. inilah gambar kenderaan Ketua Pengarah JPJ yang dikritik Maxazman hingga mencetuskan viral.

Maxazman menegur di saat anggota JPJ terbongkok-bongkok mengukur spesifikasi nombor plat kereta orang awam, Ketua Pengarah mereka sendiri menggunakan kenderaan bernombor plat tak ikut spesifikasi dan bercermin sangat gelap.

“Orang awam habis kau saman, kau sendiri pun tak betul.

“Nilah namanya yang berkuasa tetap akan berkuasa dan yang ditindas tetap akan ditindas, siapa yang tanggung? Rakyat jugak.. nilailah sendiri,” dedah Maxazman dalam status yang serta merta mencetus viral.

Boleh dikatakan, teknologi memudahkan orang awam menyemak status saman yang disediakan JPJ turut memakan diri apabila semakan mendapati kereta Ketua Pengarah JPJ ini mempunyai 6 saman berjumlah RM1350 hingga setakat 7 November lalu.

Bila kenderaan digunakan orang tertinggi JPJ pun dah terbukti langgar undang-undang… macam mana kira ni?

1459212_10204895715140239_8962873656827642587_n

Susulan pendedahan Maxazman, Ismail diberitakan kurang senang hingga ‘mengutus’ pihak ketiga untuk menghubungi Maxazman dan mengarahkan agar bertemu dengannya jika ada rasa tak puas hati.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad

Sesungguhnya, ini satu cara paling silap bagi ketua sebuah jabatan menjawab isu dibangkitkan orang awam, pada kami.

Dasar keterbukaan media sosial yang membolehkan segala maklumat dan perkara disebar secara terus seharusnya diambilkira pihak berkuasa terutama pemimpin dalam badan kerajaan untuk menjawab dengan bijak sebarang isu tanpa bersandar emosi.

Maxazman kemudiannya mendedahkan tentang panggilan diterima daripada pihak ketiga ini lalu membuat pula cabaran kepada Ketua Pengarah JPJ untuk datang bertemu dia jika beliau yang kurang senang dengan fakta yang disebar dan bukan sebaliknya.

Fullscreen capture 11122014 71237 PM

Apabila hal ini dikongsikan kepada umum sudah tentulah ramai mula tertarik untuk mengikuti sesi ‘cabar mencabar’ antara pengguna jalanraya rakyat marhaen dengan seorang Ketua Pengarah agensi penguatkuasaan yang dianggap keras selama ini.

Fullscreen capture 11122014 64630 PM

Maxazman turut menuntut penjelasan berkenaan rasional operasi nombor plat kenderaan yang dilaksanakan JPJ hingga boleh mengurangkan kadar kemalangan, merujuk pada kenyataan Ismail kepada sebuah media yang menjadi bahan lawak baru-baru ini.

Kenyataan media Ketua Pengarah JPJ yang dijadikan bahan lawak netizen, baru-baru ini.
Kenyataan media Ketua Pengarah JPJ yang dijadikan bahan lawak netizen, baru-baru ini.

“Apakah benar dengan adanya operasi bersepadu nombor plat, cermin gelap, lampu strobe dan lampu HID akan mengurangkan kadar kemalangan maut.

“Saya tunggu anda pada 13 November (esok) di pejabat saya, sila datang secara peribadi, saya tidak terima wakil anda,” tegas Maxazman.

Sebenatnya, antara ‘hikmah’ yang diraikan rakyat marhaen apabila Maxazman muncul sebagai ‘hero’ mereka setelah lama memendam sakit hati dengan pelbagai saman diterima adalah pendedahan banyak lagi ‘pekung’ berkaitan JPJ yang sepatutnya diselesaikan dahulu sebelum bertindak keras melaksanakan undang-undang pada pengguna jalanraya.

64769_10204906678254310_5446665168107525047_n

Antaranya, screen shot daripada Ketua Moderator Kelab Intelek dan Pendidikan Malaysia yang memohon supaya sekatan jalanraya khas untuk operasi nombor plat dihentikan serta merta di Pahang sambil mendedahkan, berlaku KORUP dalam kalangan anggota JPJ dan SPAD berhubung isu lori balak dan bijih lebih muatan di negeri ini.

Berita terbaharu, pertemuan antara Maxazman dan Ketua Pengarah JPJ di pejabat Maxazman di Menara Berkembar Petronas KLCC yang sepatutnya dirancang esok, diumumkan batal atas faktor keselamatan.

“Pihak keselamatan PETRONAS bimbang dengan kehadiran penyokong-penyokong akan menimbulkan keadaan tidak terkawal di sekitar Menara Berkembar.

“Tarikh dan lokasi baru akan ditetapkan kemudian,” umum Maxazman dalam status Facebooknya.

Bagi kami, sama ada orang kuat JPJ itu datang jumpa Maxazman atau tidak bukan lagi soal utama.

Apa yang lebih penting dilakukan sekarang adalah meneliti sejauh mana benarnya teguran orang ramai terhadap JPJ yang dilihat agak ‘angkuh’ bila mengambil keputusan mahu menyaman pengguna jalanraya sedangkan ada isu lebih penting tercicir pandang.

1510964_10204908381616893_3658118735003390040_n

Ini termasuklah isu cermin gelap, nombor plat dan saman kesalahan undang-undang jalanraya terhadap kereta milik Ketua Pengarah JPJ, pastinya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: isu viral
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KDN: RM30 Juta Untuk Bangunkan Trafik Cops

Next Post

Cerita Sebenar Kisah Ibu Berkorban Nyawa Demi Anak..

Related Posts

Yogi, Anjing ‘Wajah Manusia’ Jadi Selebriti Internet

15/03/2018
0

APABILA Chantal Desjardins memuat naik foto anjing peliharaannya, Yogi, ke media sosial, dia tidak menjangka haiwan itu akan menjadi popular serta-merta! Ini...

Janda Minta Kena Rogol Tampil Minta Maaf Pula

07/03/2018
0

SEMALAM, tular di media sosial dan portal dalam talian sebuah rakaman video mengenai seorang janda di Kedah yang meminta dirogol...

Next Post

Cerita Sebenar Kisah Ibu Berkorban Nyawa Demi Anak..

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd