• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jepun Rancang Bunuh Lebih Banyak Paus 2015

oleh
18/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Kerajaan Jepun hari ini membatalkan perintah pemburuan ikan paus 2014-2015 di kawasan perairan Antartika dengan menurunkan kuota pembunuhan dua pertiga daripada sasaran asal sebelum ini iaitu 900 ekor kepada hanya kira-kira 333 ekor.

Rancangan baharu itu diserahkan Jawatankuasa Saintifik Jepun kepada Suruhanjaya Paus Antarabangsa (IWC) bagi mengurangkan kemarahan masyarakat antarabangsa yang meragui niat tersirat Jepun memburu ikan paus kononnya atas tujuan penyelidikan sains.

Namun jurucakap kerajaan berkata, Jepun akan kembali membunuh banyak paus menerusi perintah 2015-2016 sekali gus mengenepikan perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), institusi kehakiman tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1986.

Panel hakim ICJ di The Hague, Belanda mengarahkan Jepun tidak lagi memburu mamalia itu kerana sangsi dengan sikap Tokyo selama ini memberi alasan terpaksa bunuh paus bagi tujuan saintifik padahal daging haiwan itu kemudian dijual di pasaran komersial.

“Kami akan memberi pencerahan kepada masyarakat antarabangsa bahawa kami ikhlas membunuh paus atas sebab penyelidikan dan sedia kaji balik tempoh kajian 12 tahun dari 2015,” kata Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun, Koya Nishikawa.

Tokyo berjaya membunuh 251 ekor paus pada musim 2013-2014 berbanding 103 ekor untuk musim 2012-2013 di sekitar Antartika manakala di Lautan Pasifik, ia membunuh 132 ekor dan di luar perairan Jepun sendiri, sebanyak 92 ekor dibunuh sepanjang tahun lalu.

IWC yang memantau trend pembunuhan paus global bersetuju jumlah pembunuhan paus di Lautan Atlantik namun membantah rancangan Jepun di selatan perairan itu berdekatan Antartika kerana bimbang ia akan menjejaskan keseimbangan ekosistem dunia. – Agensi

Daging paus amat popular di Jepun dan mendapat permintaan tinggi rakyat negara itu walaupun menerima kritikan masyarakat antarabangsa. – Gambar hiasan
Tags: AntartikajepunTokyo
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Jepun hari ini digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud, mencetuskan panik di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd