• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu SIS: Mufti Dijangka Menghadap Sultan Selangor Hari Ini

oleh Ahmad Albab
07/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyatakan Mufti Negeri dijangka menghadap Sultan Selangor pada Khamis bagi mendapatkan nasihat berhubung kontroversi fatwa berkaitan pertubuhan ‘Sisters In Islam (SIS)’.

Sumber Mais berkata pertemuan itu dilakukan berikutan pertubuhan itu baru-baru ini mahu memohon untuk membuat semakan kehakiman mengenai fatwa majlis agama Islam itu yang mengisytiharkan fahaman dibawa SIS sebagai sesat.

Menurut sumber itu lagi, kontroversi yang melibatkan fatwa akan diselesaikan Jabatan Mufti Selangor berikutan sebarang isu mengenainya adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Bagaimanapun, Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa ketika ditemui pada Majlis Anugerah Qudwatul Hasanah Muallaf Mais 2014 malam ini enggan mengulas lanjut berhubung isu berkenaan.

Pada Rabu, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mencadangkan Mais, Mufti Negeri Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan SIS bertemu bagi meleraikan kontroversi fatwa yang berkaitan dengan pertubuhan bukan kerajaan itu.

Mohamed Azmin berkata beliau telah mendapatkan penjelasan mengenai isu itu menerusi Mufti Negeri dan kemudian membincangkannya dalam Mesyuarat Dewan Diraja Selangor yang kebetulan diadakan pada Isnin lepas.

Tambah beliau dengan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah, konsultasi dan pertemuan yang dijalankan tanpa prasangka akan membantu untuk membawa suasana harmoni seperti mana yang dianjurkan oleh Islam. – mStar Online

Tags: Sisters In IslamSultan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Siapakah Lelaki Yang Begitu Erat Memeluk Sultan Selangor?

Siapakah Lelaki Yang Begitu Erat Memeluk Sultan Selangor?

04/02/2026
0

MASIH ingatkah anda dengan bekas banduan/prospek pertama Malaysia yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) semasa dalam penjara dan diberi pengampunan...

Nama Mencerminkan Identitinya. Adakah Itu Tidak Cukup Jelas? – Hakim

Nama Mencerminkan Identitinya. Adakah Itu Tidak Cukup Jelas? – Hakim

19/06/2025
0

PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abu Bakar Jais, berkata amat membimbangkan jika Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) boleh terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd