• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST: Harga Rumah Dijangka Meningkat Hanya 1 Hingga 2%

oleh Ahmad Albab
16/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Harga rumah di seluruh negara dijangka meningkat hanya antara satu hingga dua peratus dan bukannya tiga peratus selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata angka itu berdasarkan kiraan yang dilakukan Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Kenaikannya hanya satu hingga dua peratus sahaja dan bukannya tiga peratus seperti yang diumumkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan majlis penerangan GST dan taklimat isu semasa Parlimen Masjid Tanah di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh dan Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri KPKT Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai kenaikan harga rumah sebanyak tiga peratus berdasarkan kajian yang dilakukan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA). Jangkaan itu berasaskan kenaikan harga bahan binaan selepas perlaksanaan cukai tersebut.

Ahmad bagaimanapun berkata kenaikan itu tidak begitu ketara dan hanya bersifat sementara kerana kerajaan telah melaksanakan beberapa kaedah bagi mengekang kenaikan harga rumah sejak Bajet 2014 lepas.

Beliau berkata antara kaedah tersebut termasuk meningkatkan Cukai Keuntungan Harta Tanah daripada 15 peratus kepada 30 peratus; meningkatkan harga rumah daripada RM500,000 kepada RM1 juta bagi pembeli asing dan melarang pemaju perumahan melaksanakan projek yang berciri Skim Pemaju Tanggung Faedah bagi mengelakkan pemaju memasukkan tanggungan kadar faedah pinjaman pembeli semasa tempoh pembinaan ke dalam harga rumah.

“Kerajaan Barisan Nasional juga dalam akujanji parti berhasrat mewujudkan satu juta rumah mampu milik dalam masa lima tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata kementeriannya menyokong langkah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk mengheret peniaga yang didapati menaikkan harga barangan sesuka hati ke mahkamah berbanding tindakan mengenakan kompaun.

Beliau berkata ia berikutan terdapat usaha pihak tertentu menaikkan harga barang pada masa ini kerana barangan tersebut akan mengalami penurunan selepas perlaksanaan GST.

“Sebanyak 54 peratus barangan dijangka mengalami penurunan harga selepas GST, jadi ada usaha menaikkan harga barang tersebut sebelum GST,” katanya. – BERNAMA

Tags: beli rumahGST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd