• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GAMBAR : Ibu Terkorban Nyawa Demi Selamatkan Anaknya

oleh AK-47
12/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Demi menyelamatkan anak tersayang, seorang ibu mempertaruhkan nyawa sendiri hingga maut dirempuh sebuah motosikal.

Kejadian menyayat hati ini berlaku di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu pagi tadi, memetik laporan laman web Harian Metro Online.

Allahyarham Dayang Che Abdul Kadir, 54, dikatakan sempat menolak anak lelakinya ke tepi jalan dan membiarkan dirinya dirempuh motosikal yang ditunggang laju.

Anaknya, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang, Muhammad Izzudin Najmi Ibrahim, 12, yang bangun dari terjatuh selepas ditolak hanya mampu melihat jasad ibunya yang sudah tidak bernyawa lagi.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi, melibatkan mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Panjang sedang melintas jalan untuk menghantar Muhammad Izzudin ke sekolah selepas singgah minum di warung berdekatan.

Bagaimanapun, ketika melintas jalan tiba-tiba mangsa melihat sebuah motosikal ditunggang laju ke arah mereka.

Difahamkan, mangsa yang menyedari kedatangan motosikal itu menolak anaknya ke bahu jalan sebelum dirinya sendiri dirempuh.

Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak di atas jalanraya menyebabkannya meninggal dunia di tempat kejadian sementara penunggang motosikal, seorang pelajar tingkatan empat hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan kemalangan itu.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan.

Kasih ibu membawa ke syurga, begitulah tidak terkira pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu.. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

Tags: Ibukemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Beranak Maut, Tiga Cedera Nahas Di Simpang Renggam

Dua Beranak Maut, Tiga Cedera Nahas Di Simpang Renggam

26/10/2025
0

Johor Bahru : Ibu dan anak lelakinya maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 65,...

Proton Saga Langgar Tiang, Mangsa Disahkan Lima Sekeluarga

Proton Saga Langgar Tiang, Mangsa Disahkan Lima Sekeluarga

06/10/2025
0

Shah Alam: Mangsa kemalangan Proton Saga FLX yang dipercayai terbabas melanggar tiang elektrik di Jalan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 22,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd