• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

G20: Tuu Dia Harga Bilik Hotel Pemimpin Dunia!

oleh
18/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BRISBANE – Persidangan kemuncak 20 negara berpengaruh di dunia, G20 yang berakhir semalam bukan setakat jadi tumpuan sehingga menyebabkan kawalan keselamatan paling ketat dalam sejarah Australia ekoran ancaman militan IS dan aktivis antikapitalis Barat.

Malah ia menyaksikan jurang layanan ibarat antara dua darjat dalam kalangan pemimpin kuasa besar dengan beberapa negara kurang terkenal apabila ketua kerajaan tertentu dilaporkan menginap di hotel paling mahal dan sebilangan di hotel gred biasa.

Orang No.1 Amerika Syarikat (AS), Barack Obama diberi layanan amat istimewa dan sudah tentu kawalan keselamatan sangat ketat sesuai dengan tarafnya sebagai manusia paling berkuasa di dunia apabila tinggal di Hotel Marriott yang sewa semalam A$2,449 (RM7,190).

Hotel 28 tingkat dan 263 bilik itu dilaporkan menyediakan tambahan 10 ruang lagi dalam presidential suite Obama yang menghadap Sungai Brisbane dengan luas keseluruhannya 7,750 meter persegi manakala kadar untuk sarapan pagi di situ A$34 (RM99).

Kamar Obama turut dilengkapi pelbagai fasiliti seperti spa yang diberikan langsung oleh pakar terkenal Dome Spa Retreat selain ada Motion Bar & Grill, sebuah restoran dengan dapur terbuka dan tempat duduk di ruang lapang, serta M Bar, sebuah bar kelas mewah.

Keadaan dalam kamar tidur mewah yang disediakan Hotel Marriott Brisbane untuk Obama.
Keadaan dalam kamar tidur mewah yang disediakan Hotel Marriott Brisbane untuk Obama.

Tidak setakat itu, ejen keselamatan tambahan dikerah mengawal keseluruhan tingkat tempat penginapan Obama itu bahkan semua kaca dan bilik yang berada satu lantai dengan Obama ditutup kepada orang ramai untuk disewa demi mengelak presiden daripada diintai.

Tidak jauh dari hotel Obama menginap, rakan sejawatannya, Presiden China, Xi Jinping diletakkan khas di suite Stamford Plaza, hotel elit yang keseluruhannya mengandungi 252 bilik dan beliau dilaporkan menyewa sebanyak A$1,654 (RM4,857) semalam.

Walaupun kadarnya lebih murah tetapi ruang tamunya 250 persegi lebih luas daripada kamar Obama, dan selain ada piano di dalam bilik, turut disediakan sebuah spa langsung menghadap ke sungai dan sebuah ruang hangat persendirian untuk menenangkan diri.

Perdana Menteri Britain, David Cameron pula beristirahat di Treasury Hotel dengan kadar penginapan di kamar peribadinya itu A$1,233 (RM3,620) sementara seteru barat, Presiden Rusia, Vladmir Putin di Hotel Hilton yang sewanya A$599 (RM1,758) semalam.

Presiden Myanmar, Thein Sein walaupun tidaklah berpengaruh apa pun tetapi menginap di Hotel Gambaros dengan sewa A$1,162 (RM3,412) lebih mewah daripada Raja Arab Saudi, Abdullah di Sanctuary Cove Gold Coast  yang kadarnya hanya A$483 (RM1,418).

Tuan rumah Perdana Menteri Australia, Tony Abbott dan pemimpin Jerman, Angela Merkel pun cuma hotel Four Points berharga A$304 (RM893) diikuti Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Presiden Perancis, Francois Hollande di Hotel Sofitel yang lebih murah.

Paling rendah ialah Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang menyewa di Hotel Novotel dengan hanya membayar A$197 (RM578). Lazimnya, kadar penginapan pemimpin asing itu dibayar terus oleh kerajaan negara terbabit mengikut bajet masing-masing. – Agensi

Hotel Novotel Brisbane tempat penginapan rasmi Perdana Menteri, Jepun yang menawarkan kadar sewa semalam paling rendah dalam kalangan pemimpin G20. – Gambar hiasan
Tags: Barack ObamaDavid CameronG20Shinzo AbeVladimir PutinXi Jingping
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Afrika Selatan Tak Akan Serah Kerusi Pengerusi G20 Kepada AS

Afrika Selatan Tak Akan Serah Kerusi Pengerusi G20 Kepada AS

23/11/2025
0

JOHANNESBURG: Afrika Selatan tidak akan secara simbolik menyerahkan kerusi pengerusi bergilir Kumpulan 20 (G20) kepada Amerika Syarikat (AS) pada Ahad....

Putin Sokong Gencatan Senjata 30 Hari

Putin Sokong Gencatan Senjata 30 Hari

14/03/2025
0

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin, semalam berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd