MALAM ini bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, akan berlangsung perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 di antara juara bertahan Pahang Darul Makmur dan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang pertama kali melangkah kaki ke peringkat akhir.
Pahang pastinya ingin mempertahankan kejuaraan mereka dan kalau mengikut rekod pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini, ianya lebih memihak kepada pasukan Tok Gajah.
Selain berbekalkan kekuatan pemain tempatan, kedua-dua pasukan turut bersandar kepada magis sentuhan penyerang import mereka.
Dua penyerang JDT iaitu Luciano Figueroa sudah membuktikan kehebatannya di atas padang apabila berjaya menjaringkan lapan gol setakat ini dan Jorge Pereyra Diaz pula meledakkan lima gol untuk saingan Piala Malaysia.
Namun, jangan pula disangkal kehebatan penyerang import Tok Gajah, di mana aksi Dickson Nwakaeme dan Matias Conti pastinya ditagih memandangkan kedua-duanya sudah pun menjaringkan enam gol peribadi masing-masing.
Jadi, di antara pasukan kendalian Zainal Abidin Hassan (Pahang) dan Bojan Hodak (JDT) yang mana satu menjadi pilihan anda untuk menjulang kejuaraan malam ini?
Sama-sama kita nantikan kehangatannya nanti. May the best team win! – MYNEWSHUB.CC
Oleh:  JULIANA JOHARÂÂ

