• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Monyet Kerdil Di Zoo Johor Kena Curi

oleh Ahmad Albab
13/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BARU – Empat marmoset atau monyet kerdil yang menjadi tarikan terbaharu di Zoo Johor dilarikan oleh pencuri yang memecah masuk sangkar haiwan tersebut.

Monyet kerdil berekor panjang itu bernilai RM8,000 setiap seekor dan harganya mampu mencecah dua kali ganda di pasaran gelap, kata sumber.

Haiwan tersebut yang berketinggian 18.5 sentimeter (cm) hingga 18.8 cm itu, ditempatkan di zoo tersebut untuk dipamerkan kepada orang ramai sejak beberapa bulan lalu.

Seorang pengawal zoo menyedari haiwan tersebut dilarikan kira-kira pukul 9.40 pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, pihak berkuasa zoo telah membuat laporan polis dan siasatan sedang dilakukan.

Beliau menggesa semua pengusaha kedai haiwan untuk memaklumkan kepada polis sekiranya terdapat mana-mana individu yang cuba menjual haiwan tersebut kepada mereka.

Ini bukan kes pertama membabitkan kecurian haiwan di zoo.

Beberapa ekor burung turut dilarikan pencuri sebelum ini.

Di Kuala Lumpur, kira-kira 69 haiwan mati di Zoo Negara antara Januari dan Ogos manakala 167 kelahiran direkodkan dalam tempoh sama.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, haiwan tersebut mati akibat penyakit, kecederaan traumatik, masalah nutrisi dan kematian neonatal.

“Zoo tersebut cuba melakukan yang terbaik untuk mengurangkan kadar kematian dan merawat haiwan yang cedera.

“Kita akan meneruskan usaha pemuliharaan terhadap pelbagai jenis spesies hidupan liar di zoo tersebut,” katanya.

Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (BN-Segambut) yang ingin tahu statistik terkini jumlah pelawat pusat konservasi panda gergasi dan jumlah pelawat Zoo Negara secara keseluruhan serta statistik haiwan yang mati di Zoo Negara. – mStar Online

Tags: Johorzoo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd